Sunday, April 20, 2014

ISU UMAT ISLAM ~ AMBIL TAHU_DOA_SUMBANG


Dari an-Nu`man bin Basyir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, saling berkasih sayang dan saling kasihan-mengasihani adalah seperti satu tubuh. 

Yang mana apabila ada salah satu anggota tubuh mengaduh kesakitan, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakannya iaitu tidak dapat tidur dan demam.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

Hadith di atas menunjukkan kepada kita mengenai tanda aras orang-orang beriman yang saling menyayangi antara satu sama lain.

Kehilangan prihatin dan perasaan terhadap keadaan buruk yang menimpa ke atas ummat Islam di sekeliling kita samada di dalam atau di luar negara menunjukkan kepada kita betapa sepinya perasaan berkasih sayang sesama ummat yang beriman kepada ALLAH.

Sepatutnya tanda ini menyedarkan kita semua.  Betapa ajaran Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam yang menyuruh kita saling berkasihan telah semakin pudar.  Sebab itulah kita kehilangan rasa peka terhadap nasib yang menimpa saudara seaqidah kita.  Dan keadaan ini mununtut kita agar ia dipulihkan semula .

Situasi yang berlaku mutakhir ini tidak boleh kita abaikan dari mengambil tahu akan perkembangannya.  Ummat Islam di Palestin, Rohingya dan Syria belum pun habis puas dilanyak oleh orang-orang yang zalim, kini Mesir pula mendapat giliran dibantai semahunya.  Hak mereka diambil, maruah mereka dicabul dan jiwa mereka dibunuh.

Kita tidak boleh menjadikan “tidak tahu” sebagai alasan.  Berita mengenai ummat Islam di seluruh dunia hendaklah diambil tahu.  Apatah lagi zaman ini adalah zaman internet, zaman Facebook.  Maklumat cukup bebas boleh diperolehi.

Buat sesiapa yang mempunyai akses kepada Facebook, banyak laman yang boleh kita ikuti dalam usaha untuk mengambil tahu dan mengemaskini mengenai perkembangan ummat Islam di seluruh dunia, antaranya seperti berikut:

  • Berita-berita mengenai kesesatan SYI`AH yang menjadi dalang kekacauan dari dalam ummat Islam:



  • Berita-berita mengenai isu di MESIR:



  • Isu di SYRIA:



  • Isu di PALESTIN:



Lazimilah laman-laman di atas.  Apabila tuan/puan menekan LIKE pada laman-laman tersebut, in shaa’ ALLAH HOME / News Feed Facebook tuan/puan akan dibarisi dengan berita-berita, foto dan video terkini dari laman tersebut secara automatik.

Tidak cukup dengan ambil tahu, hendaklah kita susulinya dengan berdoa kepada ALLAH semoga ummat Islam di seluruh dunia diberikan keampunan, dikuatkan kesabaran, ditetapkan iman, dikurniakan hidayah dan taufiq oleh ALLAH serta diberikan pertolongan olehNYA.  Tambahan kepada itu, hulurkanlah sumbangan mengikut kemampuan masing-masing samada dalam bentuk tenaga, harta, wang, penyebaran maklumat atau dalam bentuk-bentuk lain yang bermanfaat.

Itulah antara usaha minima yang boleh kita lakukan.

“Ambil tahu – Doa – Sumbang”

حسبنا الله ونعم الوكيل

Cukuplah bagi kami ALLAH dan DIA lah sebaik-baik diserahkan urusan.

MOHD HALIMI

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML