Friday, March 21, 2014

GODAAN SYAITAN MENGGUNAKAN SEJADAH





























Pada waktu tengahari menjelang masuk Zuhur, di mana terdapat salah satu daripada syaitan sedang berada dalam Masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat di mana ketika berkumpulnya orang ramai. Syaitan sudah ada dalam Masjid ia kelihatan begitu khusyuk. Para jemaah mulai memenuhi setiap ruang dalam masjid. Syaitan menjelma menjadi ratusan bentuk, masuk dari semua penjuru sama ada dari tingkap, pintu masuk ataupun pintu tandas. Pada setiap jemaah, syaitan juga masuk ke dalam telinga, saraf mata, urat nadi lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Syaitan juga turut menyelinap pada setiap sejadah. 

“Wahai, syaitan! Panggil Tuan Imam apabila dia masuk ke Masjid.”Seru Iblis, ketua syaitan supaya menjalankan tugas mereka.

Syaitan merasa terusik: “Kau kerjakan saja tugasmu, Tuan Imam. Tidak perlu kau menegah aku. Ini hak aku untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!”Dengus syaitan cuba menjalankan jarumnya.

“Ini rumah Tuhan, syaitan! Tempat yang suci, kalau engkau mahu ganggu, kau boleh lakukannya di luar nanti!”, Tuan Imam cuba mengusir syaitan itu.

“Tuan Imam! Hari ini adalah hari ujian bagi mencuba sistem baru.” kata syaitan membuatkan Tuan Imam tercengang.

“Aku sedang melaksanakan cara baru untuk menjerat kaum kamu.”

“Dengan apa?” tanya Tuan Imam.

“Dengan sejadah!” jawab syaitan.

“Apa yang boleh kau lakukan dengan sejadah itu, syaitan?” tanya Tuan Imam lagi.

“Pertamanya aku akan masuk ke dalam hati setiap pemilik saham dan pengusaha industri sejadah. Mereka akan aku ulikkan dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan terus memerah keringat pekerja untuk bekerja dengan gaji yang rendah demi keuntungan besar!” Syaitan menerangkan kepada Tuan Imam.

“Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru, syaitan?” kata Tuan Imam.

“Bukan itu saja Tuan Imam …” tegas syaitan.

“Lalu?” tanya Tuan Imam lagi.

Syaitan menjawab, “Aku juga akan masuk pada setiap hati jurureka sejadah. Aku akan memupuk idea supaya para jurureka itu agar membuat sejadah yang lebar-lebar.”

“Untuk apa?” tanya Tuan Imam.

“Supaya, aku lebih berpeluang untuk menanamkan rasa ego pada setiap kaum yang engkau pimpin, Tuan Imam! Selain itu, Aku akan lebih bebas untuk masuk dalam saf solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan saf akan renggang. Dan aku ada di celah saf yang renggang itu. Di situ Aku boleh ikut membentangkan sejadah.” jawab syaitan dengan yakin.

Dialog Syaitan dan Tuan Imam terputus seketika.
.
.
Atas Mengatasi
.
Dua orang datang di mana keduanya membentangkan sejadah. Keduanya duduk bersebelahan. Salah seorang daripadanya memiliki sejadah yang lebar manakala seorang lagi membawa sejadah lebih kecil. Orang yang mempunyai sejadah lebar terus sahaja membentangkan sejadahnya tanpa melihat kiri-kanannya. Sementara orang yang ada sejadah lebih kecil merasa tidak sedap hati jika hendak mendesak jemaah lain yang lebih dulu datang.

Tanpa berfikir panjang maka pemilik sejadah kecil membentangkan sahaja sejadahnya sehingga sepertiga bahagian sejadah yang lebar ditutupinya. Kemudian keduanya melakukan solat sunat.

“Nah, lihat itu Tuan Imam!”, Syaitan memulakan dialog lagi.

“Yang mana?” Tuan Imam bertanya.

“Ada dua orang yang sedang solat sunat itu. Mereka ada sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk di antara mereka.” Kata syaitan yang kemudiannya menghilang.

Syaitan sudah menyelinap masuk ke dalam saf. Tuan Imam hanya memerhatikan sahaja kedua orang yang sedang melakukan solat sunat itu. Tuan Imam dapat melihat kebenaran rancangan yang dikatakan syaitan sebelumnya.

Pemilik sejadah lebar, rukuk dan kemudiannya sujud. Tetapi apabila bangkit dari sujud maka dia membuka sejadahya yang tertutup lalu meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali berada di bawahnya.

Dia kemudian berdiri. Dalam pada itu pemilik sejadah yang lebih kecil telah melakukan perkara yang sama. Dia juga membuka sejadahnya kerana sejadahnya telah ditutup oleh sejadah yang lebar. Perkara ini terus berlaku sehingga selesai solat.

Bahkan apabila solat Jumaat yang wajib juga kelihatan berlakunya kejadian seperti itu di beberapa penjuru dalam masjid tersebut

Ramai orang lebih suka memilih untuk berada di atas daripada redha menerima kedudukan di bawah. Melalui sejadah dapat dilihat bagaimana lebih ramai orang yang suka berebut kuasa atas yang lain. Siapa yang mempunyai sejadah lebar, maka dia akan meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil.

Sejadah sudah dijadikan oleh syaitan sebagai pembezaan kelas. Pemilik sejadah lebar dikelaskan sebagai para pemilik kekayaan di mana setiap masa dan ketika mesti lebih di atas daripada yang lain.

Dan menganggap pemilik sejadah kecil adalah kelas bawahan di mana setiap masa akan sentiasa menjadi orang yang dipandang rendah dari pandangan orang yang berkuasa. Di atas sejadah, syaitan telah menghasud dan mengajarkan orang ramai supaya selalu menguasai orang lain.

“Astaghfirullahal adziiiim!” guman Tuan Imam secara perlahan.
.
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML