Wednesday, January 8, 2014

SOLAT LIMA WAKTU

Fadhilat dan Kebaikan Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu
berkata,

'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang
telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah saw bersabda,

'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,

'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke
atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi
Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat
Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana
apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata,

'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan
diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi,

'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s.
memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang
pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi
Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka
Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan
begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah,
Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan
diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya,

'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya
oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML