Waktu larangan solat
Daripada Uqbah bin Amir r.a dia beliau berkata :’” Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari ( matahari naik tegak atas kepala ) dan ketika matahari condong ( hampir terbenam ) sehingga benar-benar terbenam.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi dan Abu Daud )
Huraiannya :
Pertama : Ketika tepat matahari terbit sehingga naik.
Solat-solat sunat dilarang ketika matahari terbit. Sebahagian ulama mengecualikan Solat Subuh dan Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit , maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai.
Perkara tersebut merujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ” Siapa yang mendapat satu rakaat dari salah satu solat, maka dia telah mendapat solat tersebut.”
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan maksudnya:
” Apabila salah seorang kamu semua mendapat satu sujud dari solat Asar sebelum terbenam matahari, maka sempurnalah solatmu. Dan jika mendapat satu sujud pada Solat Subuh sebelum terbit matahari, maka sempurnalah solatnya.”
Maksud perkataan sujud dalam hadis tersebut adalah rakaat.
2. Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit.
Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah di atas. Namun demikian sebahagian ulama mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram,Mekah. Ulama juga membenarkan untuk menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.
Demikian juga pendapat Imam Abu Yusof . Dalilnya merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a berkata: "Rasulullah SAW membenci solat pada tengah hari selain hari Jumaat dan bersabda: 'Sesungguhnya api neraka Jahanam menyala kecuali pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Abu Daud ).
Adapun dalil yang mengecualikan solat yang dilakukan di Masjidil Haram di Kota Mekah adalah riwayat daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ” Wahai Bani Abdi Manaf janganlah kamu semua menghalang seseorang yang akan tawaf di rumah ini ( Masjidil Haram ) dan jangan pula menghalang orang yang hendak solat pada waktu bila pun di malam atau siang hari. ” ( Hadis Riwayat Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi )
3. Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam .
Untuk Solat Asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis-hadis di atas dibenarkan. Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment