Sunday, October 12, 2014

ANDAI AKU PERGI DULU...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat yang terlalu banyak ini. 

....................................................................................................................................


Bunyi macam tajuk lagu kUmpulan 'Alleycats' tapi sebenarnya tidak.


Cuma ingin membuat sedikit coretan tentang kematian.


Ya, tentang kematian!


Saya, kamu, dia, mereka atau siapa pun, tiada siapa yang tahu bila, bagaimana, dimana dia akan mati.

Doktor tahu? Tarikh kelahiran bayi pun doktor tidak tahu dengan tepat, inikan pula tentang kematian.


Jin mengetahuinya? Jin yang dibawah kekuasaan Nabi Sulaiman a.s pun tidak tahu tentang kewafatan baginda a.s. 


Hal ini dinukilkan didalam Quran Surah Saba' ayat 14,

"Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui (tentang) yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan" 
  
Bila masa Allah menjemput kita, kita sudah tidak mampu untuk berinteraksi dengan sesiapa sekalipun isteri kita.

Segala harta, isteri - isteri (kalau banyak isteri), anak - anak, semuanya tidak akan mengikuti kita.

Anas bin Malik berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mayat diiringi tiga perkara, dua akan kembali sedang yang satu terus mengikutinya, ia diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, sedang amalnya akan terus tetap bersamanya" (Sahih Bukhari & Muslim)

Oleh itu, segala urusan harta, urusan pengebumian semuanya akan dilakukan oleh waris - waris kita.

Dan kita? Hanya mampu menghitung nasib apabila dibentangkan amalan di hadapan Allah kelak.

Dan bila masa saya akan mati, hari ini? esok? 10 tahun lagi? Usah kamu ambil peduli, kisahkan pahala dan dosa diri kamu sendiri.

Ibu ayah? Isteri? Dan siapapun yang mencintai kita, mereka sebenarnya dikaburi dengan khayalan. Ya, khayalan!

Untuk apa mereka risau tentang orang lain? Risaulah tentang diri sendiri. Kerana kematian itu bukan untuk anak mereka sahaja, bukan untuk pakcik - pakcik mereka sahaja, tetapi untuk diri mereka sendiri.

....................................................................................................................................

Jadi, sebelum saya tidak dapat untuk bersuara, maka saya coretkan disini agar menjadi panduan kepada waris saya. 

  • Dimana saya mati, di kampung itulah kuburnya walaupun saya mati di daerah yang lain, jika saya mati di Afrika, maka sila kebumikan saya di sana. Tidak perlu penat - penat terbangkan saya ke Malaysia.
  •  Sila jangan meratap berlebihan bila saya mati cukuplah hanya menangisi, saya terseksa di kubur nanti.
  • Jangan tangguh terlalu lama untuk dikebumikan, jika saya mati jam 8 pagi, urus dan tanam mayat saya secepat mungkin sebelum zuhur.
  • Jangan buat tahlil atau kenduri tahlil, tidak perlu untuk saya.
  • Tidak perlu al fatihah atau yasin, cukuplah dengan doa yang ikhlas agar Allah merahmati roh saya.
  • Jangan buat binaan di kubur saya, tidak perlu sekalipun batu nisan, cukuplah dengan meletakkan tanda kecil seperti batu sungai. Benda itu tidak membantu pun saya dihadapan Allah kelak.
  • Jangan tinggikan kubur saya, biarlah ia rata seperti tanah biasa.
  • Tolong buat hebahan di mana - mana, di Facebook saya, mohon agar diampuni segala silap saya dan tolong langsaikan hutang saya walaupun hanya sehelai kertas yang mungkin saya terambil tanpa izin.
  • Sila jangan papar/gantung gambar saya dirumah, cukup simpan dalam album.
  • Kalau ada orang mengambil hak Allah (dengan membunuh saya), maka maafkanlah dia usah dipanjang-panjangkan.

Semoga kita lebih bersedia menghadapi maut, InsyaAllah, Wallahua'lam.




No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML