Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Tuhan yang tiada sekutu bagiNya, Pentadbir alam semesta, Pemberi rezeki kepada hambaNya, Pengampun dosa-dosa kecil dan besar. Juga selawat dan salam kepada kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, keluarga baginda, salaffussoleh, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh muslimin muslimat yang akidahnya mentauhidkan Allah.
...........................................................................................................................................................
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t, kerana masih memberikan saya nikmat untuk menekan kekunci pada laptop ACER berwarna hitam ini. Nikmat yang tidak semua miliki dan nikmat yang terkadang disia-siakan. Semoga tulisan-tulisan yang sedikit ini mampu menjadi dijadikan hujah di hadapan Allah kelak. InsyaAllah.
Alhamdulillah sekali lagi, kerana Allah memberikan saya nikmat untuk menamatkan pengajian di universiti dalam jurusan sains bumi (geologi). Ya, satu bidang yang sangat menarik dan mencabar. Silakan untuk memilih bidang ini bagi sesiapa yang sukakan pekerjaan di bawah terik matahari, di basahi hujan, di tengah lautan, di dalam hutan, di kawah gunung berapi, dan sebagainya.
Sangat menarik! (Bagi sesiapa yang minat akan cakap menarik)
Ada yang minat belajar seni lukis, perubatan, memasak dan sebagainya.
Teruskan apa sahaja minat anda, namun pastikan minat anda itu mampu menyumbang kepada Islam.
Jangan pula minat kepada perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak. Itu jelas diharamkan.
...........................................................................................................................................................
Sewaktu masih menuntut di sekolah menengah, saya sangat tertarik dengan sajak Inggeris yang bertajuk 'The Road Not Taken' tulisan Robert Frost. Terima kasih kepada guru bahasa yang garang. Kerana kegarangan beliau, sajak ini saya ingat sampai sekarang.
Sebuah tulisan yang sangat menyentuh jiwa, membuka mata tentang kehidupan. Antara memilih sesuatu yang biasa ataupun luar biasa.
Two roads diverged in a yellow wood,And sorry I could not travel bothAnd be one traveler, long I stoodAnd looked down one as far as I couldTo where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,And having perhaps the better claim,Because it was grassy and wanted wear;Though as for that the passing thereHad worn them really about the same,
And both that morning equally layIn leaves no step had trodden black.Oh, I kept the first for another day!Yet knowing how way leads on to way,I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sighSomewhere ages and ages hence:Two roads diverged in a wood, and II took the one less traveled by,And that has made all the difference.
Dalam hidup yang sementara ini, pilihan akan sentiasa hadir kepada kita.
Ya, akan sentiasa ada pilihan untuk kita. Dustalah siapa yang kata dia sudah tiada pilihan lain dalam urusan duniawi.
Namun, ada beberapa perkara yang kita tidak diberikan pilihan iaitu yang berkaitan dengan hukum dan larangan Allah s.w.t. Tiada pilihan lain kecuali patuh dan taat.
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (33:36)
Tersilap membuat keputusan berkaitan perkara yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, maka sesatlah kita. Sesat dan tersesat yang nyata.
Berapa ramai yang tersesat apabila mengatakan bahawa hukum Allah itu tidak adil, zalim dan tidak sesuai?
Berapa ramai yang sesat apabila mengatakan bahawa doktor telah menyembuhkan penyakitnya?
Berapa ramai isteri yang sesat apabila menyalahkan hukum Allah yang membenarkan poligami?
Berapa ramai yang sesat apabila mencipta sesuatu yang baru (bid'ah) dalam agama?
Dan banyak lagi kesesatan yang lain. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada tersesat. Sebab itulah kita sentiasa memohon agar ditunjukkan jalan yang lurus dalam solat kita.
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus," (1:6)
Pilihan itu sentiasa ada, oleh kerana itulah manusia sering tersilap membuat keputusan berkaitan urusan duniawi. Namun itu tidak mengapa, kita belajar daripada kesilapan.
Namun Rasullullah s.a.w sering memilih pilihan yang mudah, tidak membebankan dan mampu dilaksanakan selagi mana tidak mengandungi dosa.
Daripada Aisyah isteri Nabi s.a.w dia berkata:
"Apabila Rasulullah s.a.w diberi pilihan antara dua urusan atau pekerjaan, maka beliau memilih yang paling mudah, selama yang termudah itu tidak mengandungi dosa. Jika pekerjaan itu mengandungi dosa, maka beliau adalah orang yang paling menjauhkan diri daripadanya. Dan beliau tidak pernah marah, melainkan apabila beliau melihat larangan Allah 'azza wajalla dilanggar." (Sahih Muslim)
Bahkan apabila melakukan urusan ibadah sekalipun, kita dianjurkan untuk istiqomah dan tidak membebankan diri.
Daripada Aisyah r.a bahawa dia berkata, Nabi s.a.w pernah ditanya:
"Amalan apakah yang paling dicintai Allah?"
Beliau menjawab:
"(Amalan) yang dikerjakan terus menerus (istiqomah) walaupun sedikit, lalu beliau menambah lagi, "Beramallah sesuai dengan kemampuan kalian." (Sahih Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)
Jadi, apa kena mengena dengan the road not taken?
Ada.
Suatu jalan yang sering kita tinggalkan, jalan yang jarang dilalui oleh kita, jalan yang jarang kita pilih sehinggakan sangat sukar kelihatan jejak-jejak kaki di jalan itu kerana sikitnya manusia yang memilih laluan itu.
Jalan yang kita lupakan dengan alasan jalan itu mundur, tiada teknologi, ketinggalan zaman dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment