NOTA : Siapa rasa diri dia Islam dan ada Facebook, tolong baca sampai habis. Jangan baca separuh, terus nak hentam saya. Saya dah explain semua kat sini. Jangan remehkan benda yang bakal menyusahkan kita.
Orang tengah?
Orang tengah macam mana tu?
Kita dah tutup aurat dalam gambar Facebook. Apa lagi tak kena? Ok, so apa yang jadi 'orang tengah' pulak ni?
Benda ni sebenarnya saya tak sedar, tapi saya tersedar bila ada member saya dalam Facebook yang ADD FRIEND members perempuan saya, walhal masing-masing duduk jauh. Kiranya member saya ni pakai ADD jela. Yang pasti, member saya yang ADD ni lelaki, dan korang tau-tau jela ada segelintir FRIENDS kita ni, tak menutup aurat.
Tapi dalam entri ni tak bermaksud orang tak menutup aurat, kita boikot diorang. Even yang menutup aurat melakukan aksi 'ngeri' pun gambarnya masih ragu-ragu dan takut menimbulkan syahwat terhadap laki yang tengok.
Seburuk-buruk pun seseorang, kita sebagai ummat Islam sepatutnya buang sikap prejudis. Terima la hakikat manusia ni berbeza dan hidayah datang dengan cara dan masa yang berbeza. Kita hanya mampu nasihat dalam hikmah dan mendoa'kan masing-masing.
Jadi, kita lindung diorang. Kalau kita mampu dan rela untuk menutup aib orang lain, insyaAllah, Allah akan tutup balik aib kita satu hari nanti. Antara faktor yang boleh jadikan kita 'orang tengah' dalam Facebook dan terdedah dengan dosa halus adalah :
1. Senarai FRIENDS Dalam Profile Facebook Kita.
Gambar yang ditunjuk 100% bertujuan untuk dijadikan contoh, bukan perlian atau niat menjatuhkan. Err, gambar yang tak tutup aurat telah saya gelapkan. |
Untuk pengetahuan semua, terdapat spesies manusia yang suka tengok FRIENDS orang lain. Ada sesetengah lelaki akan cari perempuan cantik untuk ADD. Dan saya tak nafi, ada segelintir perempuan yang cari lelaki hensem untuk ADD.
Bayangkan, orang yang masuk profile kita je, dia akan ternampak gambar member kita tak tutup aurat. Lepas tu dia terus ADD member kita. Kat sini, kita dah jadi 'orang tengah'.
Jadi, saya nak ajak, tolonglah hide kan FRIENDS kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang menggunakan Facebook. Janganlah kita 'bantu' keluarga/member kita terdedah daripada masalah ni.
2. Gambar-gambar Dalam Photos Of You.
Selain tu, saya perasan FACEBOOKER ni bila dah bergambar, suka tag orang. Lepas tu terpampang gambar tag dalam profile Facebook kita. Apa salahnya tag member kan? Tak salah kan? Lagipun kita tutup aurat, takkan tak boleh?
Memanglah kita dah sempurna tutup aurat, tapi ada sesetengah member kita pulak tak menutup aurat. Takkan la kita nak selamatkan diri kita je? Sikit sebanyak kita adalah 'orang tengah' jugak.
Masalahnya, yang masukkan gambar tu member kita, kita tak boleh delete. Jadi kita boleh remove gambar tu daripada profile kita. Nanti bila orang masuk profile kita, takde la kita jadi 'orang tengah' yang dedahkan aurat orang lain.
3. Gambar Yang Kita Tangkap.
Oleh kerana rasa ngeri nak letak gambar orang, maka saya
letak gambar ni jela ya.
|
Ada sesetengah gambar yang kita tangkap, memang takde muka kita langsung atau muka kita ada, menutup aurat. Tapi malangnya partner yang bergambar dengan kita tu tak menutup aurat. Jadi kat sini kita dah terdedah dengan jadi 'orang tengah'.
Sebab tu la siapa yang nak jadi photographer, perlu peka dan sensitif tentang benda ni. Kalau dalam Facebook, elok la kita jangan letak gambar yang tak menutup aurat. TERMASUK gambar bukan diri kita, tapi orang lain yang tak menutup aurat jugak.
Tak kisah la gambar kita tak kenal ke, artis ke, gambar K-Pop, J-Pop, M-Pop, dan segala -Pop ke. Kita tetap jadi 'orang tengah'.
*********************************************************************************
Saya tau, mesti ada segelintir yang baca akan keluarkan statement kat bawah. Maka, saya dah prepare nak jawab.
*********************************************************************************
"Alahai, benda remeh macam ni pun boleh masuk line jugak kan?"
FIRST, benda yang remeh ni la akan jadi penyumbang peratus kita masuk neraka esok. Kita tengok drama wayang semua. Bila dalam saat genting, manusia akan saling salahkan. Tak terfikir pulak bila kita nak menghadap mahkamah Allah kat padang Mahsyar nanti?
Mesti masing-masing nak selamatkan diri. Masing-masing nak pertahankan diri. CONTOHNYA,
"Sebab dia la, dosa saya makin bertambah! Dia tunjuk gambar saya dalam Facebook dia, orang ajnabi pun tengok. Bertambah la dosa saya!"
"Kenapa pulak saya? Kamu yang tak menutup aurat! Jadi, bukan salah saya. Dosa tanggung masing-masing."
"Tapi tanggungjawab kamu sebagai orang Islam untuk lindung sesama Islam kan? Kamu tak nasihat saya, dan saya taktau kalau kamu pernah doa'kan saya. Sekarang saya dikira teraniaya. Dan kamu yang menganiaya semua orang yang dapat dosa sebab gambar kamu."
And then, dapatlah balasan yang setimpal sebab kalah kat mahkamah. Atas sebab? Tak bertanggungjawab sebagai sedara sesama Islam.
"Penulis ni memang tak open langsung la. Kalau ada gambar sedara aku tak tutup aurat, takkan aku nak delete jugak? Apa pulak cakap dia nanti?"
Semata-mata nak jaga hati sedara semua, kita perlu dedahkan aurat diorang? Saya tak faham kat mana nilai SAUDARA tu kalau kita bagi alasan macam ni. Open tak open cerita nombor dua. Banyak benda lain kita boleh open, tapi bukan dalam hal ni.
Pilih, sama ada nak jelaskan kat sedara tentang sebab kita delete gambar-gambar atau delete dan senyap. Senang je. At least, kita dah mainkan peranan kita dalam bersaudara. Jangan kita tau nak seronok tapi esok terkantoi sama-sama macam persoalan yang pertama tadi.
"Macam mana aku nak promote photography aku kalau ketat gila syarat, tak boleh dedahkan aurat orang?"
Ada orang kata gambar ni tak tutup aurat. Yakin ke orang dewasa tu perempuan?
Zaman sekarang ramai je orang laki rambut panjang.
Dan naik ke syahwat laki tengok gambar ni? Langsung takde point ya.
Lain kali saya kena buat entri pasal ni pulak la nampaknya.
Jadilah photographer yang bertamadun dan berjiwa Islam. Rezeki Allah yang bagi. Kalau kita ada prinsip, insyaAllah rezeki kita akan terbentang luas. Percayakan Allah. Tepuk dada tanya iman.
"Ala, kalau aku hide semua ni pun, orang boleh cari, boleh tengok jugak. Tak dapat elak."
AT LEAST, kita dah usaha sesuatu. AT LEAST, kita dah 80% tolong diri kita, tolong orang lain. Yang cari, yang tengok tu, terpulang kat diorang. AT LEAST kita takde dalam list 'orang tengah' dah. Daripada orang yang banyak bagi alasan tapi AT LEAST tak buat apa-apa?
"Baik kau tak payah pakai Facebook."
Facebook sekarang perlu untuk saya berhubung dengan member lama semua. Dan Facebook boleh hubungkan saya dengan info terbaru. Yang baik kita ambik, yang buruk kita elakkan. Habis cerita.
Tak payah nak perli kalau tak suka. Saya cuma sebarkan sebagai peringatan untuk diri saya, sambil tu ajak pembaca berfikir jugak. Lebih baik diam daripada komen benda tak berguna macam tu.
NOTA : Hati-hati kepada para Blogger lain jugak. Elakkan daripada letak gambar tak sepatutnya dalam blog kita. Sebab ramai orang yang akan tengok nanti. Nanti tergagap nak jawab depan Tuhan.
No comments:
Post a Comment