Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya.
Betulkah dan bagaimanakah pula seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat rupa-rupanya.
Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.
Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.
Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah -majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja diimport dari luar seperti Her World, She Elle, Vogue dan Cosmolitan sebagai contoh.
Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
* Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
* Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
* Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya
* Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
* Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki
Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
"Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)
Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
* Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem pendidikan mereka
* Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
* Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai faktor penggalak.
* Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak
Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan dibendung... ..
Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara
No comments:
Post a Comment