Friday, April 4, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – An Nuur

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



93. An Nuur

The Light

Yang Maha Memberi Cahaya / Maha Pemberi Cahaya / Yang Maha Menerangi / Maha Bercahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam, wajah, fikiran serta hati makhluknya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
.
Fadhilat An Nuur
.
Jika dizikirkan ‘Ya Nuur’  1,001 X selepas membaca Surah An-Nur, maka hati pembacanya akan disinari dengan ‘Nur’, InsyaAllah.
.
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, Sesiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ‘Ya Nuur’ ini setiap pagi & petang.
.
Apabila ‘Ya Nuur’  dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, InsyaAllah akan diterangkan hatinya.
.
Sesiapa yang menzikirkan asma ‘Ya Nuur’ berulang-ulang kali secara istiqamah, InsyaAllah raut wajah dan anggotanya akan lebih berseri dan menyerlah.
.
Wallahu A’lam bishowab


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML