Friday, April 4, 2014

Fadhilat Asma’ul Husna – An Naafi’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



92. An Naafi’

The Propitious/ The Benefactor

Yang Memberi Manfaat / Maha Memberi Manafaat / Maha Pemberi Manfaat / Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia, iaitu meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
.
Fadhilat An Naafi’
.
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya Naafi’  setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
.
Jika ‘Ya Naafi’  dibaca 41 X sebelum memulakan sesuatu kerja yang sukar  dan payah, InsyaAllah akan dapat menyelesaikannya dengan mudah.
.
Sesiapa menyebut ‘Ya Naafi’  berulang-ulang dalam masa empat hari, InsyaAllah ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.
.
Jika ‘Ya Naafi’  dibaca sebelum menaiki apa jua jenis kenderaan, InsyaAllah akan mendapat keselamatan daripada segala bahaya dan petaka.
.
Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ‘Ya Naafi’  dibaca setiap hari, InsyaAllah akan berhasil.
.
Jika sesiapa yang berzikir dengan ‘Ya Naafi’  di dalam hati ketika jimak dengan isterinya, InsyaAllah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

.
Wallahu A’lam bishowab

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML