بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
91. Ad Dhaar
The Distressor/ The Harmer
Maha Memberi derita / Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi Bahaya / Yang Membawa Bencana / Yang Menyampaikan Mudharat / Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah, iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya.
.
Fadhilat Ad Dhaar
.
Asma’ ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah puas & lama dihidapi serta telah puas diubati (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan).
.
Amalkanlah zikir ‘Ya Dhaar’ ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan segera sembuh.
.
Bagi menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mendapatkan keselamatan rohani dan jasmani, zikirkan ‘Ya Dhaar’ ini sebanyak 100 X pada setiap malam Jumaat.
.
Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut ‘Ya Dhaar’ berulang kali setiap malam Jumaat, InsyaAllah taraf mereka akan meningkat dan dinaikkan.
.
Wallahu A’lam bishowab
No comments:
Post a Comment