Maruah Islam Yang Tidak Terbela Dan Musuh Menguasai Umat Islam
Sahabat yang dikasihi Allah,
Masanya sudah tiba untuk kita bangun daripada tidur yang panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat Islam. Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari wanita-wanita Islam diperkosa dan diaibkan. Saban hari juga, darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi. Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dalam keadaan perit, pedih dan tersiksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.
Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Kashmir, Chechnya, Filipina, Kemboja, Thailand, Cina, Burma dan di tempat-tempat lain. Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru. Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka. Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna, mereka tetap bangun melawan, diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.
Sahabat yang dimuliakan,
Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu catatan sejarah silam atau cerita novel. Ia berlaku di zaman kita, di depan mata kita, ketika kita masih lagi hidup! Tetapi, kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa. Malah kita bersenang-lenang, sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memenuhi keinginan kita. Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitaan mereka dan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk membela maruah umat Islam. Bantulah saudara-saudara kita dengan wang ringgit yang ada sekadar kemampuan kita dan berdo'alah setiap hari tanda kita simpati dan merasai penderitaannya.
Sahabat yang dihormati,
Lihatlah saudara-saudara kita di Gaza Palestin sekarang terpenjara dinegara mereka sendiri. Mereka kelaparan dan menderita sakit dan cedera di bom oleh tentera Zionis laknatullah, tidak ada ubat-ubatan yang mencukupi.Berita terbaru hari ini (31.05.2010) bagaimana kapal yang membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan Freedom Flotilla to Gaza (pasukan kemanusiaan lifeline 4 gaza.) telah di tembak hinggakan 16 orang sukarelawan syahid dan lebih 50 orang cedera parah. Kekejaman tentera Zionis ini tidak ada tolok bandingnya di dunia, dan sejarah moden telah tercatit bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang paling tidak bertamadun kerana pembunuhan kejam yang dikakukan keatas saudara kita di Palestin.
Yahudi pernah mencuba dan berusaha membongkar makam Nabi s.a.w. tetapi gagal. Selain itu, manusia paling hina di muka bumi ini telah menceroboh Palestin, menghalau dan membunuh umat Islam dengan kejam, tanpa henti. Benarlah akan peringatan Allah kepada kita tentang mereka, sebagai firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik...”
(Surah Al-Maidah: 82)
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menjanjikan kepada kita bahawa kaum Yahudi akan dihapuskan, mereka akan dibunuh oleh umat Islam sehingga tidak ada yang tersisa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ´Gharqad´, kerana ia adalah pokok Yahudi.”
(Riwayat -Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling berkash sayang, cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan)."
Malang sekali, di kebanyakkan negara umat Islam, yang kaya-raya dan mewah, yang pemerentahnya terdiri daripada kalangan yang mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa. Kerana mereka sendiri adalah manusia yang tiada maruah dan nilai diri. Apalah yang boleh kita harapkan daripada orang-orang yang mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Malah mereka menjadi alat kepada kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan Islam dan umatnya. Mereka adalah manusia fasiq, zalim dan munafiq!
Baru-baru ini bagaimana bumi Palestin diserang dengan hebat oleh tentera Zionis laknatullah hingga mengorbankan lebih 1300 umat Islam yang tidak berdosa dan merosakkan semua pasarana dibumi Gaza, tetapi negara-nagara umat Islam hanya memerhatikan sahaja malahan bekerjasama dengan Zionis laknatullah untuk menutup sempadan sehinggakan bantuan kemanusiaan makanan dan ubat-ubatan tidak dapat masuk ke Gaza. Sedangkan negara umat Islam berada disekeliling bumi Palestin.
Jiwa dan hati para pemimpin negara-negara Islam yang menjadi talibarut kuffar itu tidak ada sedetik pun merasa bersalah dan simpati apabila melihat darah umat Islam mengalir dilakukan oleh tentera-tentera Dajjal tanpa belas kasihan.
Baru-baru ini amat memalukan apabila ada jutawan Arab Islam sanggup membeli satu kelab bola sepak Inggeris dengan harga berbillion dollar USA, sedangkan ramai umat Islam yang menderita kelaparan dan amat memerlukan bantuan untuk hidup. Inilah jenis manusia yang tidak sedar diri, kekayaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. digunakan untuk memenuhi hawa nafsunya dan untuk mencari kemegahan dan pujian.
Sahabatku,
Lihatlah di sekeliling kita. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan, kemasyhuran, kehendak-kehendak nafsu dan syaitan. Ini adalah syirik yang perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.
Dalam masa yang sama, manusia-manusia yang sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mangambil iktibar daripada peringatan dan ancaman-ancaman Allah. Baru-baru ini berlaku gempa bumi di Padang Sumatera dan sunami di kepulauan Amerika menjadi pengajaran dan iktibar bahawa tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di tempat kita. Sepatutnya kita menjadikan segala peristiwa, bala dan musibah yang melanda negara-negara lain untuk memberi keinsafan bahawa kita perlu kembali memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. dan melaksanakan ketaatan kepada-Nya.
Sahabat yang dikasihi Allah,
Jika kita takutkan Allah dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun didunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah dan Nabi s.a.w. dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi s.a.w. jika kita tidak bangun mempertahankannya, sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi daripada anak-anak panah musuh. Mempunyai cita-cita besar (masuk Syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yang tidak mahu mancapai ketinggian.
Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amalan hidup kita supaya seluruh perasaan kasih dan cinta dan jiwa kita hanya untuk Islam dan berusaha untuk mencapai kemuliaan hidup di dunia dan akhirat dan ingin mati dijalan Allah s.w.t. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kepada dunia, maralah kehadapan dengan penuh keberaniaan dan tawakal kepada Allah. Janji Allah pasti benar. Jangan ragu!
No comments:
Post a Comment