Sunday, June 15, 2014

WAS WAS


Eh, Halal ke haram?

Pak Abu sedang menonton TV. Tiba-tiba ada berita mengenai coklat Catburi mengenai status halalnya.

" Eh, Jakim ni, Catburi ni halal ke haram?"

Dirinya membentak. Sahabatnya yang mendengar lalu menerangkan.

" Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Catburi ni boleh dikategorikan sebagai syubhah."

Pak Abu pelik. Syubhah? Apa tu? Lalu sahabatnya menerangkannya:

" Syubhah ni merupakan satu perkara yang tidak diketahui tentang status halal dan haramnya. Terdapat juga hadith yang menyatakan tentang perkara syubhah ni. "

Pak Abu mendengar dengan khusyuk, tetapi dia ingin tahu apakah hadith tersebut. Sahabatnya tidak lokek berkongsi lalu diterangkan juga hadith yang disebut:
" Hadith ini berbunyi begini. Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah telinganya): “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram.”

Pak Abu mengangguk kefahaman, tetapi bagaimana pula sekiranya sudah makan perkara yang haram? Bukankah nanti amalan tidak diterima? Bolehkah dicuci darah yang sudah terkotor?

" Pak Abu, kita tak sedar yang kita sudah termakan benda yang haram, memang benar makan benda haram itu tidak diterima amalan, tetapi kita sendiri tidak sedar bahawa kita sudah makan benda haram macam kes Catburi ni. Biarlah orang yang buat dan pembuat status halal dan haram itu jawab di Akhirat nanti. Bab cuci darah, beginilah, kalaulah kandungan babi itu boleh dilihat seperti mana najis, boleh juga untuk dicuci, tetapi darah itu bukanlah seperti najis, kita tak nampak kandungan dalam darah tu, jadi apa yang kita boleh buat ialah berdoalah semoga dielakkan daripada berlakunya kes seperti ini."

Pak Abu mengangguk kefahaman. 

Moral value:
Kalau was-was, elakkanlah, kerana itu lebih baik daripada terus menjatuhkan diri ke arah haram.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML