Terletaknya surah an-Nur dalam al-Quran pada muka surat yang ke 350-359, dari 604 muka surat dalam resm al-'Uthmany. Surah an-Nur merupakan surah yang terletak tengah muka surat, dan surah yang ke-24 dari 114 surah.
Muka surat 350
Mari kita lihat surah an-Nur pada muka surat 350 (sila ambil al-Quran dan buka, al-Quran resm 'Uthmany); pada muka surat ini Allah memberitahu tentang hukum zina.
Ayat 1:
Di awal ayat Allah subhanahu wa ta'ala telah menggunakan kalimat (سُورَة).
سُورَةٌ : adalah sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai pendahuluan dan penutup. Kalimat ini digunakan sebagai satu gesaan untuk memahami keseluruhan surah ini.
Kenapa Allah meletakkan kalimah سُورَةٌ di awal surah an-Nur? kerana untuk menunjukkan ketinggian surah ini, maka Allah memberi nama atau perumpamaan dengan kalimat "سُورَةٌ" di awal ayat pertama.
Surah an-Nur merupakan sebagai pelindung kepada individu, keluarga dan masyarakat daripada perkara-perkara yang merosakkan (maksiat).
(ayat 1 dan 2, saya telah menulisnya di entry sebelum ini; boleh lihat di sini:
http://drhalimi.blogspot.com/2014/12/ringkasan-tafsir-surah-nur-siri-i.html
http://drhalimi.blogspot.com/2014/12/ringkasan-tafsir-surah-nur-siri-i.html
Ayat 4 dan 5:
Allah menjelaskan tentang hukum menuduh wanita atau lelaki yang suci dan soleh melakukan zina. Penuduh dikehendaki membawa 4 orang saksi, sekiranya tidak, akan dikenakan hukuman qazaf * terhadapnya (penuduh).
Allah menjelaskan tentang hukum menuduh wanita atau lelaki yang suci dan soleh melakukan zina. Penuduh dikehendaki membawa 4 orang saksi, sekiranya tidak, akan dikenakan hukuman qazaf * terhadapnya (penuduh).
*Qazaf : Hukuman terhadap bagi mereka yang membuat tuduhan palsu kepada wanita atau lelaki yang suci dan tidak mampu mengemukakan empat orang saksi yang adil, iaitu:
a) Disebat lapan puluh kali.
b) Dinafikan kelayakannya menjadi saksi selama hidupnya.
c) Dinyatakan sebagai seorang fasiq dan tidak adil, baik dari sisi pandangan Allah subhanahu wa ta'ala dan juga pandangan orang ramai.
Islam sangat melarang dan memandang berat terhadap mereka yang suka membuat fitnah dan tuduhan palsu terhadap perempuan atau lelaki yang baik yang menjaga kesucian mereka dari mendekati zina itu berzina. Jadi, dengan adanya hukuman ini; Allah mahu memelihara maruah dan kesucian mereka (perempuan dan lelaki yang suci) daripada tercemar dengan tuduhan palsu yang dibuat oleh penfitnah tersebut.
Fitnah ini sangat besar, kerana ia melibatkan maruah seseorang, jika ia seorang perempuan, ia akan memberi kesan terhadap ibu bapa, saudara dan juga keluarga.
Ayat 6, 7, 8, dan 9:
Hukuman terhadap suami atau isteri yang menuduh pasangan masing-masing melakukan zina, (hukum li'an).
Hukuman terhadap suami atau isteri yang menuduh pasangan masing-masing melakukan zina, (hukum li'an).
Ayat ini merupakan ulasan atau kesimpulan daripada Allah tentang hukum zina, qazaf, dan li'an. Semua ini merupakan hal yang berkaitan dengan kesucian dan maruah seseorang individu, keluarga dan masyarakat.
Menceritakan tentang kisah fitnah terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha dengan Safwan. Fitnah ini telah di bawa oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, beliau merupakan ketua orang munafiq (زعيم المنافقين).
Ayat 27:
Allah mengajar bagaimana caranya meminta keizinan untuk memasuki kerumah orang lain. Kewajipan meminta izin dan memberi salam. Sekiranya perkara ini tidak diajar oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita, akan terjadi pelbagai masalah sosial yang akan lebih teruk.
Jadi, Allah menjelaskan perkara ini dalam surah ini kerana untuk memelihara kesucian dan maruah seseorang. Dengan meminta keizinan untuk memasuki rumah orang lain, akan terpelihara daripada terjadinya khalwat dan sebagainya. Sekiranya kita masuk kerumah orang lain tanpa meminta keizinan terlebih dahulu, kemungkinan di dalam rumah tersebut ada yang bukan mahram, dan dikhuwatiri akan terjadinya zina atau khalwat.
Islam sangat indahkan? sangat menjaga adab, nasab dan kelakuan setiap individu. Bagaimana untuk mengelak daripada terjadinya zina? iaitu dengan meminta izin. ;-)
Ayat 30:
Menerangkan hukum melihat (menjaga pandangan). Ayat ini khusus untuk lelaki (غَضُّ البَصَر). Menjaga pandangan dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Ayat 31:
Hukum menjaga pandangan, ayat ini untuk kaum perempuan. Dalam al-Quran, ayat ini mempunyai 10 baris. Dalam ayat ini Allah menerangkan:
1. Hukum menjaga pandangan dan digandingkan dengan hukum menjaga faraj (kemaluan),
2. Hukum tentang aurat, bagaimana cara menutup aurat, apakah had aurat itu?
3. serta pendedahan perhiasan.
Kenapa Allah gandingkan hukum menjaga pandangan dengan hukum menjaga faraj (kemaluan)? Ini kerana, dari pandangan mata dikhuatiri akan terjadinya perzinaan. Dalam ayat ini Allah menggunakan kalimat (زينة) iaitu perhiasan (aurat).
Kalimat (زينة) mempunyai dua maksud:
Tubuh badan ( fizikal lelaki atau perempuan).
Perhiasan yang ditambah (aksesori).
Dalam ayat ini juga, digandingkan dengan mahram (lelaki atau perempuan);
1. hukum dengan mahram, apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat oleh mahram.
2. Siapa itu mahram?
3. Hukum sesama jantina (perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki).
Dalam ayat ini juga dijelaskan hukum perhiasan; iaitu perhiasan yang tidak nampak tetapi dapat didengari oleh orang lain (perhiasan yang menarik perhatian orang).
Ayat 32 dan 34:
Pada muka surat ini, ayat 32 dan 33 merupakan ayat anjuran berkahwin.
Allah menerangkan bagaimana cara untuk mengelak seseorang daripada berzina, dengan anjuran berkahwin.
Ibu bapa atau wali hendaklah mengahwinkan anak-anak mereka untuk mengelak daripada melakukan zina dan sebagainya.
Sesiapa yang belum ada suami atau isteri mintalah dengan Allah, dan tidak salah minta tolong dengan seseorang yang dipercayai untuk membantu anda dapat berkahwin dengan seorang gadis atau lelaki yang soleh... contoh: dengan lecturers di UIA ni ke? kawan-kawan yang dapat dipercayai... insha Allah, moga Allah permudahkan urusan kita semua..
Aameen. ;-)
Aameen. ;-)
Ayat 34:
Merupakan ulasan dari Allah dari ayat 27-33. Dalam ayat ini ada kalimat:وَلَقَد أَنزَلنَا إِلَيكُم) ) Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu … (ءاياتٍ مُّبَيِّنَات) : ayat-ayat yang memberi penjelasan.
Ayat ini menerangkan bahawa tidak ada pengecualian sedikit pun tentang hukum yang yang telah Allah berikan. Kalimat (ءاياتٍ مُّبَيِّنَات) ini ada kaitan dengan ayat yang pertama dalam surah ini, yang bermaksud:
"Ini ialah satu surah yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat".(an-Nur 24: 1).
** Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu ....; dalam surah ini dan surah-surah yang lain, ayat-ayat yang terang dan jelas sambil memberi penjelasan dalam berbagai tuntutan hidup, dan juga contoh-contoh yang serupa dengan yang kamu alami dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu; seperti apa yang berlaku kepada Maryam 'alaihassalam yang dituduh berzina, dan Nabi Yusuf 'alaihissalam yang dituduh berkhalwat dengan isteri pembesar, sebagai pelalajaran atau nasihat yang menyentuh dan pelajaran bagi yang membuka fikiran dan hatinya iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa. **
Kalimat مَثَلاً di sini merujuk kepada kisah fitnah terhadap Saidatuna 'Aisyah radhiyallahu 'anha.
Ayat 35:
Dari ayat inilah dinamakan surah an-Nur. Dalam ayat ini juga menceritakan tentang rahsia alam, perumpamaan yang Allah berikan dan Allah menggunakan perumpamaan tersebut semuanya realiti dan ada di alam ini, cuma di atas diri kita sahaja tahu atau tidak tahu atau memang buat-buat tidak tahu (sombong dengan Allah ta'ala).
Ayat 36:
Allah menerangkan adab-adab ketika berada di masjid dan menjaga aurat ketika berada di dalamnya.
Menceritakan tentang orang-orang yang berada di dalam rumah Allah.
Perbuatan orang kafir dan perbuatan orang-orang yang beriman.
dosa dan pahala yang tidak dapat dilihat oleh manusia, tetapi Allah datangkan dengan membuat perumpamaan.
Rahsia tentang lautan.
Bagaimana hujan berlaku?
Bagaimana titisan hujan itu terjadi?
Bagaimana Allah memperincikan hukum hakam?
Rahsia alam yang Allah perincikan.
Perbezaan sikap orang munafiq dan orang-orang yang beriman
(يُقَلِّبُ) : merupakan kalimat pertama dalam mukasurat ini yang bermaksud putar/ pusing.
Mengapa Allah menggunakan kalimat ini? Ini kerana menunjukkan bahawa bumi ini bulat. Walaupun pada masa dahulu para sahabat tidak mempunyai alat yang canggih untuk mengetahui bentuk bumi ini, tetapi dengan kalimat ini mereka mengetahuinya.
Dalam mukasurat ini Allah menjelaskan tentang;
Kejadian malam dan siang.
Penciptaan haiwan dari air; berkaki dua, empat dan tidak berkaki; sebahagian dari mereka ada yang berjalan di atas perut.
Ayat 46:
Merupakan ulasan dari Allah Ta'ala dari ayat 35-45.
لَقَدْ أَنزَلْنَا آيَاتٍ مُّبَيِّنَاتٍ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ))
Ertinya:
"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
Kesimpulan ayat di atas:
Sentiasa berada di dalam kebenaran.
Hendaklah sentiasa bermujahadah (muhasabah diri).
Jalam lurus: yaang mempunyai imej yang terdapat dalam diri kita.
Ayat 47, 48, 49 dan 50:
Allah menceritakan tentang orang munafiq. Kenapa Allah menceritakan tentang mereka kepada kita? Kerana Allah tidak mahu kita menjadi seperti mereka yang boleh merosakkan Islam.
Ayat 51:
Allah menjelaskan tentang orang-orang yang beriman.
Ayat 53:
Allah kembali menyebut tentang orang munafiq. Orang munafiq; mereka suka bersumpah.
(وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ أَمَرْتَهُمْ لَيَخْرُجُنَّ قُل لَّا تُقْسِمُوا طَاعَةٌ مَّعْرُوفَةٌ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ)
Ertinya:
"Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".
Muka surat 357
Cara untuk mentadbir (khalifah). Khalifah: mempunyai harga diri yang terhormat sebagai khalifah Allah.
Setiap manusia dijadikan mempunyai tujuan. dan setiap manusia mesti ada tujuan hidupnya, bukan hanya untuk dunia semata-mata.
Ayat 54, 55 dan 56:
Allah menjelaskan tentang kekuasaan yang dijanjikan Allah kepada orang yang taat dan mengerjakan amalan soleh.
Ayat 57:
Ulasan Allah ta'ala;
Kadang-kadang kita terfikir, pabila kita melihat mereka (orang-orang kafir), kenapa mereka lebih senang, kaya berbanding dengan kita orang Islam yang beramal soleh dan melakukan kebaikan?...
Ingatlah!!!! kita jangan mudah tertipu, kerana kita ada Allah subhanahu wa ta'ala. dan mengapa kita tidak berusaha untuk mencapai seperti mereka... Berusaha, berdoa dan bertawakkal, insha Allah pasti berjaya...;-)
Ayat 58:
Kembali kepada hukum meminta izin. (sama dengan ayat 27, mukasurat 351-352).
Dalam ayat ini menjelaskan hukum tentang meminta izin bagi orang yang berada di dalam rumah. Ayat sebelum ini menjelaskan tentang hukum meminta izin bagi orang di luar untuk masuk ke dalam rumah.
Bagaimana berinteraksi sesama ahli yang berada di dalam rumah (ahli keluarga).
Allah mengajarkan kepada kita untuk mengajar anak-anak yang belum baligh supaya meminta izin sebelum memasuki billik ibu bapa. Terdapat tiga waktu yang wajib kanak-kanak ini meminta izin sebelum mereka masuk ke dalam bilik;
Penerangan ini dalam ayat 58;
قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ : Sebelum solat subuh.
وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ : dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari.
وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاء : dan sesudah sembahyang Isyak.
Selain dari tiga waktu ini, sekiranya mereka masuk ke dalam bilik, tidak mengapa. Kenapa Allah menyuruh untuk mengajar kepada kanak-kanak yang belum baligh untuk meminta izin?... Kerana perbuatan ini akan menjadi kebiasaan mereka pabila mereka mereka sudah besar, dan kebiasaan ini akan terus terbawa hingga keluar rumah.
Ayat 59:
Untuk yang sudah baligh; setiap kali dan tidak kira waktu mana pun, mereka wajib meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ibubapa.
Untuk yang sudah baligh; setiap kali dan tidak kira waktu mana pun, mereka wajib meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki bilik ibubapa.
Muka surat 358
Tentang anak-anak yang sudah baligh (Ayat 59).
Ayat 60:
Hukum; bagi perempuan yang sudah putus haidh. Dalam bab ini terdapat perkara-perkara yang diringankan, tetapi dengan syarat.
Bagi perempuan yang belum terputus haidh, mereka mempunyai penegasan-penegasan tertentu.
Allah menceritakan tentang OKU (Orang Kelainan Upaya) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mereka.
Hukum memakan makanan di rumah orang lain.
Contoh:
Membawa kawan atau kenalan ke rumah saudara kita, dan mereka tidak mengenali kawan atau kenalan kita itu. Ketika makan; kita dengan slambernya sahaja memakan apa saja yang terdapat di dapur rumah saudara kita, dan bagaimana dengan kawan atau kenalan kita itu? bolehkah kita terus memberinya makan? apakah hukumnya?... ya, di sinilah permasalahan yang akan dibincangkan... sangat telitikan Allah mengejar adab kepada kita sebagai khalifahNya...
Sebelum memberi makanan kepada kawan atau kenalan kita, seharusnya kita kena meminta keizinan terlebih dahulu kepada saudara kita, (dan sebenarnya; sebelum kita membawa mereka ke rumah saudara kita, kita harus meminta kebenaran juga, ditakuti mereka (saudara kita) akan berasa tidak selesa atau ada anak perempuan atau anak lelaki)..
Meminta izin dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
Adab-adab dengan baginda sallahu 'alaihi wasallam.
Adab dalam majlis ilmu atau mesyuarat atau di tengah orang ramai (public erea).
Sesiapa yang keluar tanpa meminta izin dari baginda, ini merupakan sifat orang munafiq.
- Kenapa Allah mengajarkan ini kepada kita?
* Kerana sifat orang munafiq ini tidak tahan pabila mendengar ilmu dan hukum hakan dari Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam. Ini merupakan sababun nuzul ayat; Allah menegur mereka (orang-orang munafiq) untuk meminta izin kepada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam ketika mahu keluar dari majlis.
** Ini ada kaitannya juga dengan ayat yang sebelum ini, tentang meminta keizinan;
- Meminta izin dari luar untuk ke dalam
- Meminta izin bagi yang berada di dalam rumah.
- Meminta izin dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
Ayat 63:
---------------
Perasan tak kita; setiap kali Allah menjelaskan sesuatu hukum tertentu, Allah akan membuat ulasan bagi setiap isu yang dijelaskan.. cantikkan kalam Allah.. ;-)
Semoga bermanfaat. ^__*
No comments:
Post a Comment