Thursday, October 23, 2014

APAKAH ANDA TINGGAL DI NEGARA YANG AMAN???



Ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, buat apa nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan islam, nanti jadi macam syria dan negara-negara lain baru nak menyesal..

Aman? aman? apa itu aman? maksiat berleluasa itu aman? korupsi tu aman? zina di mana2 itu aman? pecah amanah itu aman? rasuah itu aman? gejala sosial itu aman? dedah aurat dan dedah aib orang itu aman? fitnah sana sini aman?

Golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. tahu tak bahawa maksiat ni semua adalah bala? bala yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..

Jadi, ubahlah mind set tu, aman adalah kehidupan dalam keadaan taat kepada agama Allah dan takut buat maksiat dan tidak berbangga dengan maksiat.

Adakah kita merasa aman dan selesa dari kemurkaan Allah?

Pernahkah kita duduk termenung memikirkan, apakah kita ini akan selamat selama-lamanya?? Apakah kita sudah mendapat rahmat, berkat, redha dan hidayah Allah atau belum?? Apakah kita merasa yang kita akan sentiasa hidup dengan selesa di muka bumi yang bukan hak milik kita ini?? Tidak malu kah kita yang hanya duduk menumpang tetapi beraksi seperti bumi ini kita yang punya? Tidak malu kah kita lebih suka ikut selera dan pendapat akal kita yang serba lemah ini dari pada mengikuti wahyu dari Allah?? Tafakkaruuuuuuu……………

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?. atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku? Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.” surah Al Mulk : Ayat 16 – 18

Terfikirkah kita, berapa banyak masa dalam sehari kita luangkan untuk mengingati Tuhan kita?? Berapa banyak masa kita luangkan untuk memujiNya?? Kita diberi 24 jam sehari, berapa jam kah kita gunakan untuk bersama Allah? Masa solat 5 waktu sehari semalam?? Adakah masa solat itu hati kita boleh khusyuk sepenuhnya?? Jika masa solat x boleh khusyuk sepenuhnya, mana masa-masa lain untuk mengingati Allah? Atau pun kita lebih ingat pada bola, konsert, lagu-lagu yang melalaikan, lepak-lepak kat warung dengan sembang kosong, skodeng anak dara, racing motor, kumpul harta dan macam-macam lagi…….

"Tidak lah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri padaKu”. Ana pun takut mendengar ayat dari Surah Az Zaariyaat ini. adakah kita menjalankan peranan kita sebagai hamba?? Ingatkah kita, di zaman dahulu kala, wujud perhambaan pada manusia. Bagaimana hamba-hamba itu diperlakukan?? Tuan dia suruh buat itu ini, semuanya kena akur. Boleh ke hamba-hamba itu tak akur?? Padah la jawabnya..

Apatah lagi kita sekarang menjadi hamba pencipta segala makhluk. Tetapi adakah kita berlagak sebagai hamba? Adakah kita masih sombong dengan kepandaian, jawatan, harta-benda, pangkat dan sebagainya yang kita ada?? Terasa mahu membanding2 kan kehebatan kah lagi sesama insan?? Terasa mahu glamour, popular, ternama, tersohor di mata manusia yang hanya bakal menjadi mayat belaka nanti ni?? Apa guna kita mulia di mata manusia sedangkan pada pandangan Allah kita selalu lupakan Dia??? Malah kita lebih ingat pada artis2, bangsawan2, tokoh2, kekasih dan sebagainya. Berbaloi kah kita nampak hebat di mata manusia yang bila-bila masa sahaja boleh menjadi buta?? Walau banyak mana pun mereka bertepuk tangan pada kita, adakah mereka akan ingat kita sampai bila-bila, bantu kita dalam kubur, melainkan semua itu hanya angan2 kita yang tak ke mana??

Di manakah rasa belas kasihan kita sesama manusia apa lagi sesama orang – orang yang beriman?? Sanggupkah lagi kita berseronok2 sedangkan nun di hujung kampung sana ada orang tua yang dhaif kelaparan, berpenyakit, serba susah?? Sanggupkah kita berlumba2 mencari harta benda dunia sedangkan ada insan lain yang menderita penyakit, kefakiran, tiada tempat tinggal, serba lemah dan sebagainya? perlu diingat bahawa banyak seronok maka akan banyak lah derita. Itu sudah menjadi sunnatullah dan ada hikmah belaka di sebalik segala sesuatu. Untuk itu bersungguh2 sungguh lah kita mendengar pesan nabi iaitu “sebaik2 perkara adalah pertengahannya”. Terlalu kecewa pun bahaya, terlalu seronok pun bahaya, dan ketenangan itu lah paling baik. “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.

Perlu juga kita ketahui ada 4 pintu besar bagi jin menguasai diri kita. jika kita kalah dengan 4 perkara ini , kemungkinan besar jin akan mudah remote control kita iaitu;

Terlalu marah 
Terlalu kecewa 
Terlalu seronok2 dan ketawa 
Terlalu ikut syahwat 

Adakah kita dapat menjamin yang kita akan dapat kekalkan iman kita sampai ke akhir hayat? Adakah kita tahu bila kita akan mati hinggakan kita sanggup untuk menangguh2 kan untuk bertaubat?? Terlalu muda kah kita untuk masih tidak beramal kerana agama dan mahu tunggu sampai kita kerepot dulu?? Ketahuilah dunia hari ini mencatatkan bilangan angka yang meninggal dunia adalah majorotinya golongan muda. Orang-orang muda lebih dahulu atau pun lebih awal mati dari orang-orang tua sekarang ini.

Sedarlah bahawa Allah telah memberi kita terlalu banyak nikmat. Dia lah yang paling layak kita cintai kerana Dialah yang paling banyak berjasa pada kita. Jika kita kata ibubapa kita yang paling banyak berjasa pada kita, adakah mereka berjasa pada kita 24 jam sehari?? Selamilah bahawa, Allah memberi jasa kepada kita selama 24 jam sehari adalah perkara biasa bagi Dia. Tidak kah kita bersyukur padaNya?? Masihkah kita kecewa lagi dengan nasib kita? Masihkah kita menyalahi Allah lagi??

Cuba anda bayangkan sejenak, bagaimana anda rasa bila Allah menyumpah anda sekarang?? Bayangkan jika Allah tukar kita jadi katak. Dan kita berfikiran macam manusia, apa rasa?? Bayangkan Allah jadikan kita jadi kecik dan dicampakkan kita ke dalam lubang tandas, apa kita rasa?? Pahitkan?? Ke ada yang rasa manis??

Tetapi Allah masih tidak buat itu semua, Dia bagi lagi kesempatan pada kita utk dapat beramal padaNya. tetapi kita ini alpa, lalai, sombong, angkuh, tidak berterima kasih, tidak mengenang jasa pada Allah Azza wa Jalla pada kita… Alangkah sediihnya.

Renungilah keadaan hari ini, di mana manusia lebih cenderung kepada berlumba2 untuk mengumpul kekayaan, kemewahan, kemegahan. Sahabat2 nabi dahulu berlumba-lumba untuk hidup serba susah, serba miskin, serba beramal ibadah kerana Allah dan seumpamanya. Tetapi umat islam sekarang berlumba2 utk mendapatkan kemewahan, harta dan pangkat. Apa yang kita kejar sebenarnya?? Mengapa perlu membeli kereta mewah?? Betul Rasulullah ketika mahu berperang , Rasulullah memilih kuda yang paling elok. tetapi kita tengok apa tujuannya.

Ada orang kata apabila umat Islam dapat pakai kereta besar, kita akan dipandang tinggi oleh bangsa asing. tetapi sedarkah kita, wang yang kita kumpul dari hasil belian orang2 miskin, hasil2 titik peluh golongan buruh2 kasar, tetiba kita bagi sekaligus pada bangsa asing dengan membeli kereta mewah. Sedarkah kita dari mana kereta2 mewah itu dibeli?? Mercedes, Honda, BMW dan sebagainya tu dari mana?? Kita kata tjuan kita utk dipandang tinggi, tetapi bagi orang asing yang mencipta kereta2 tersebut, kita tidak akan dipandang tinggi, malahan sbenarnya dipandang rendah kerana kita beli kereta buatan mereka. Tidak perasankah itu?? Sepatutnya kita buat sendiri kereta mewah untuk menyaingi mereka, bukannya dengan berlagak pada dunia dengan membeli kereta dari umat bukan Islam.

Kita tidak dilarang untuk berlumba, tetapi berlumba apa? Itu lah “fastabiqul khoirot” , iaitu berlumba-lumba membuat kebaikan. Apakah itu kebaikan?? Kebaikan adalah segala apa yang diperintahkan oleh Allah supaya kita melaksanakannya. Perlukah kita tahu macam mana yang dikatakan kebaikan?? Jawapannya tersangat perlu!!!

Setiap agama menyuruh membuat kebaikan. Boleh dikatakan tidak ada agama menyuruh membuat kejahatan, melainkan agama2 baru sekarang seperti black metal dan sebagainya. Tetapi kebaikan yang macam mana kita perlu buat? kenapa dipersoal begini?? kerana ada kebaikan yang sebenarnya bukan kebaikan, tetapi nampak macam baik lantas itu dikatakan kebaikan. sebagai contoh, kita tolong membeli CD lagu rock pada kawan kita. Nampak itu suatu perkara baik, tetapi adakah itu sebenarnya amal soleh?? Sedangkan kita tahu lagu2 rock itu melalaikan dari mengingati Allah. Atau pun kita belanja kawan kita hisap rokok. Adakah dapat pahala daripada usaha kita membelanjanya itu?? nampak baik kan?? Cuba tanya orang2 yang hisap rokok, mesti dia kata kawan dia yang selalu belanja dia isap rokok itu baik, hehe. tetapi adakah itu suatu perbuatan yang ma’ruf??

Sama juga dalam soal penyanyi wanita. Kita tengok bagus dirinya itu kerana menghiburkan orang lain. Dia tidak mencuri, merompak, pukul orang dan sebagainya. tetapi terfikirkah kita, adakah perbuatannya itu diredhai Allah?? Adakah agama menyuruh wanita2 menyanyi2 dan berjoget di atas pentas?? kalau perbuatan itu bagus, bermakna baguslah semua orang2 yahudi dan nasrani yang saban hari menyajikan kita dengan hiburan2 yang asyik, indah, syok dan sebagainya tu??

Sebab itu lah ikhwah sekalian, sesuatu perkara itu kita mesti rujuk pada Quran dan hadits untuk menentukan sama ada ianya baik atau buruk. Kita tidak boleh hanya ikut kepala kita ini semata, kerana sebagaimana kita tahu keupayaan kita berfikir ada batasnya. Sebab itu lah kita wajib mengenal Allahh dengan mempelajari ilmu Tauhid, agar aqidah kita mantap. Dalam soal ini kita mesti tahu bahawa Allah bersifat antaranya dengan sifat Iradah. Iradah bermakna berkehendak. Tuhan kita bekehendak kita patuh pada suruhanNya dan jauhi laranganNya. Maka jika kita masiih sombong dengan kejahilan dan kedegilan kita, maka tunggu balasan dari Allah nanti, na’uzubillah.

Takutlah pada hadits nabi yang bermaksud “siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia dari golongan mereka”. Apakah kita mahu lagi ikut stail barat?? Apakah kita berkenan, terliur lagi dengan budaya2 mengarut dari umat yahudi dan nasrani?? Apakah kita masih tidak mempunyai rasa takut pada larangan2 Allah?? Adakah kita masih merasa aman lagi dari seksaanNya di dunia mahupun di akhirat??

Allah Ta’ala berfirman: “maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” Surah As Syams : Ayat 8 – 10

Allah Ta’ala berfirman: “Kemudian mereka digantikan oleh sesuatu angkatan yang meninggalkan shalat dan memperturutkan keinginan nafsu, maka oleh sebab itu, mereka akan menemui kebinasaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal shalih, maka mereka itu akan memasuki syurga dan tidak dianiaya sedikit pun.” (Maryam: 59-60)

Semoga kita semua mendapat rahmat, berkat dan redha Ilahi robbul Izzati.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML