Jom Tutup aurat dengan betul!
Kalau seluar ketat, longgar-longgarkanlah.
Kalau kain terbelah dan jarang, tukar-tukarkanlah yang tertutup.
Bukankah itu lebih baik?

klik untuk besarkan imej |
Jom tutup aurat dengan sebaiknya. Anda mampu mengubahnya.
Ada bezanya antara tutup aurat dan balut aurat.
Ada yang menutup seluruh tubuh, tetapi membentukkan tubuh sendiri. Itulah balut aurat,
Ada yang menutup seluruh tubuh, tetapi longgar dan menepati syariah. Itulah yang dikatakan menutup aurat.
Ada yang menutup seluruh tubuh, tetapi membentukkan tubuh sendiri. Itulah balut aurat,
Ada yang menutup seluruh tubuh, tetapi longgar dan menepati syariah. Itulah yang dikatakan menutup aurat.
klik untuk besarkan imej |
Cek baju dekat belakang.
Beg galas merupakan antara beg yang sering menjadi pilihan untuk digunakan, tetapi kebanyakan tidak perasan setiap kali menggunakan beg galas, baju akan terangkat lebih-lebih lagi mereka yang berpakaian singkat.
Jadi, minta perhatian lebih-lebih kepada wanita. Kalau boleh, pakai baju tu, biarlah labuh sikit. Sayanglah diri dan aurat anda.
Kalau yang nampak tu putih takpelah(Tetapi tetap tak boleh), ini kalau hitam legam boleh pengsan orang melihatnya. Sebab tulah aurat itu perlu ditutup kerana ia satu keaiban.

Jom labuhkan tudung!
Saya selalu melihat, mereka yang memakai tudung, tetapi tidak menepati syariah. Ada yang memakai shawl, tetapi terbuka aurat, ada yang memakai tudung bawal yang jarang, ada juga yang sengaja disingkatkan.
Kata mereka, tudung itu lebih selesa. Tetapi sayangnya, tudung itulah yang membuatkan anda rasa tidak selamat sebenarnya.
Jadi, jom labuhkan tudung.
Di sini ada beberapa jenis tudung yang boleh digunakan yang semestinya cantik dan juga selesa.
- Kalau anda suka yang bergaya, pilihlah shawl yang labuh, In sha ALLAH itu lebih baik. Kalau tak pandai pakai shawl labuh, boleh PM saya.
- Tudung bidang 60 ni memang mudah dan sangat selesa. Cantik pun catik.
- Tudung labuh bulat ini memang sentiasa jadi pilihan mereka yang sentiasa suka pada perkara yang mudah
- Kalau suka tudung mahal, pilihlah tudung Fareeda, tetapi pilihlah yang labuh sikit.
Jadi, anda ada banyak sebenarnya pilihan tudung, tetapi pilihlah yang mampu menjaga aurat anda

Menutup aurat itu suruhan ALLAH, membuka aurat itu suruhan Syaitan
" Eh, Along, teruklah ulama ni."
Aku tertarik apabila mendengar perkataan ulama lalu aku mendekati adikku yang sedang membelek FB gamaknya.
" Ni, ada ke patut dia menggelarkan perempuan yang bertudung labuh di himpunan GST itu pelacur kelas atasan. Hidoi!"
Pelacur, manusia yang menjual maruah diri untuk mendapatkan wang. Tetapi menjadi satu perkara yang pelik apabila melihat ayat daripada ulama itu mengenai perempuan bertudung labuh.
" Kalau perempuan bertudung labuh tu pelacur kelas atasan, adakah yang membuka aurat itu bidadari? Atau lebih teruk daripada pelacur kelas atasan?"
Adik yang mendengar terasa pelik. Membelit-belit pula abang aku ni.
" Kalau begitu, mulianya pelacur kelas atasan kerana menutup aurat hanya untuk pelanggan utamanya iaitu suaminya dan betapa hinanya pelacur kelas bawahan kerana membiarkan dirinya dipertontonkan kepada khalayak ramai."
Adik aku terdiam. Ah, lambat sungguh. Pending!
" Pelacur kelas atasan yang dimaksudkannya itu perempuan bertudung labuh, jadi kalau perempuan yang bertudung labuh itu pelacur kelas atasan, maknanya dia lebih mulia kerana menutup aurat dengan sempurna kerana mereka menurut perintah ALLAH, manakala pelacur kelas bawahan itu pula menurut perintah Syaitan kerana membuka aurat."
Barulah adikku terangguk faham.
Moral value:

No comments:
Post a Comment