Wednesday, June 11, 2014

MUHASABAH PANJANGGGGGGGG....

Assalamualaikum wbt..



Entri ni agak sopan sedikit, perkataan "aku" akan digantikan dengan "saya".

Saat saya taip entri ini, jam menunjukkan pukul 2.47 pagi. Hening sungguh malam ni hatta bunyi yang perlahan pun boleh didengar jelas oleh telinga ni. Lalu saya putarkan Surah Qaf sebagai halwa telinga. Pening juga kepala study C-Programming sambil asyik layan lagu jiwang, sekali sekala patut juga dengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ketika saya online fb, saya menemukan artikel yang disharekan yang dimbil dalam kitab Muhammad al-Ghazali yang mengatakan bahawa pada pandangannya Allah menciptakan manusia adalah untuk hidup kekal abadi. Saya berfikir kenapa pula kekal abadi? Kata Syeikh, kehidupan kekal abadi dibatasi dengan kematian. Kematian yang menjadi pemisah antara dua kehidupan. Walhal kehidupan masih lagi asasnya adalah kehidupan kekal abadi. Apakah dua kehidupan itu?

Kehidupan pertama untuk menanam dan kehidupan kedua adalah untuk menuai.

Dan saya memerhatikan di dalam al-Quran ada beberapa golongan yang dibangkitkan dari kematian dengan beberapa reaksi yang berbeza-beza. Mari kita tinjau di mana golongan diri kita sendiri.

Muhasabah Tentang Hari Kebangkitan

Golongan Yang Tidak Percaya Akan Dihidupkan Kembali 

Firman Allah dalam Surah Ya Seen [83]:51-53 :- 


51.    Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. 
     
52.    (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.  
 

53.      Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja , makan dengan serta merta mereka dihimpunkan ketempat perbicaraab Kami,semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan )

Saya berpendapat orang-orang yang tak bersedia dengan tanaman yang baik dan subur di dunia juga merasakan sedemikian rupa. Merasa diri mereka celaka. Apatah lagi kafir dan musyrik yang langsung tidak mempercayai hari kebangkitan. 

Orang Yang Memperbaiki Diri Dan Sentiasa Bersiap Sedia Menemui Allah
 Firman Allah dalam Surah al-Shaffaat [37]: 58-60 :-


58.    (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi;
   
59.    Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?
   
60.    Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

Nah, natijahnya terbukti nikmat nilainya bagi mereka yang sentiasa memperbaiki diri dan menyuburkan tanaman2 mereka di dunia. Hasil tuaian yang berlimpah ruah. Alhamdulillah. Saya perhatikan Allah telah beri solusi jelas pada ayat ke 61 dari surah yang sama:


61.    Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

Allah sendiri dah bagi tips. Tak guna lagi kalau saya bagi 150 juta tips pun. Cukup dengan satu tips Allah ni.

Selepas memerhatikan dua golongan di atas, saya pun masih tidak pasti di mana mahu diri ini diletakkan. Di dalam golongan pertamakah? Atau golongan kedua? Untuk berada di golongan pertama memang cukup layak dengan maksiatnya yang berterusan hampir saban hari. Wal'iyazubillah. Tetapi untuk berada di golongan kedua, ya Allah di manakah tanaman2 saya? Anak benih pun tak tahu lagi di mana apatah lagi anak pokok.

Muhasabah Sikap Suka Bertangguh

Saya analisis lebih lanjut kepada satu hal yang jika diperhatikan sekali imbas, kita katakan bukan kita dalam golongan yang disebutkan dalam ayat al-Quran yang ini:-

Firman Allah dlm Surah al-Qiyama [75]:5-6


5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat).     

6. Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu?
Tafsir : Ayat-ayat ini ditujukan untuk orang kafir, tetapi sedarkah kita pun bersifat seakan-akan perangai orang kafir juga. Kita mungkin pernah kata secara bergurau, "Lambat lagi nak kiamatnya. Mungkin beratus-ratus tahun lagi..", atau kita berazam, "Esoklah aku jadi baik, hari ni aku wat dosa puas-puas dulu." Ini pun saya rasa adalah persis kepada orang-orang yang mengejek, "Bilakah datangnya hari kiamat itu?".  Bertangguh dalam berhenti melakukan maksiat. Saya tidak katakan ini pada anda semua, tapi saya katakan ini pada diri saya sendiri. Bertangguh-tangguh, tunggu dulu..tunggu dulu.. Sampai bila? 


Muhasabah Pengulangan Ayat Allah Mengenai Hari Kebangkitan

Jika kita adalah orang-orang yang memerhati dan berfikir ketika membaca al-Quran, pasti kita akan perasan hampir dalam setiap muka surat dalam al-Quran menyinggung hal-hal berkaitan hari kebangkitan, hari pembalasan, hari kiamat dan hari perhitungan. Malah jika kita perhati betul-betul, Surah al-Fatihah sahaja sudah cukup menggerunkan. "Maliki Yaumiddeen" ( Allah sebagai Mulk atau Raja Hari Pembalasan ). Tapi kita tidak gerun, malah kita tidak mengerti. Lebih teruk lagi, kita baca al-Fatihah sambil lewa tanpa memahami apa pun ketika dalam solat. Kita hanya biasa tahu "Ihdinassiraatol Mustaqim" ( tunjukiku jalan yang lurus ). Dan kita hanya reti tuturkan "Ameeeeennn" panjang-panjang dan kuat-kuat. Itupun masih tersalah harakat bacaan. 

Di dalam kitab Taurat, jika kita pernah belek tidak akan kita jumpai ayat-ayat yang menyebut tentang hari pembalasan. Taurat yang telah diselewengkan oleh Yahudi yang menganggap tidak wujud sama sekali hari pembalasan, yang wujud hanyalah setakat dunia ini semata-mata. Habis di sini, maka habis selama-lamanya. Inilah yang dikatakan pemikiran sekular. Sekular sebenarnya adalah tidak mempercayai hari perhitungan. Dan jika anda juga ragu-ragu, anda juga berfikiran sekular.

Dan jika kita selusuri dengan lebih dalam lagi, ramai antara kita berfikiran sekular. Ramai yang tidak mengerti akan pengertian masa akan datang. Mereka tenggelam dengan cita-cita dan harapan masa depan. Apabila kita sebut masa depan, ramai yang maksudkan adalah hari depannya jadi apa dan hanya sekitar hari tua. Habis di situ sahaja pengertian masa depan. Itulah yang, Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'.


"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." 
[al-Hasyr 59:18-19].

Bila kita sebut sahaja masa depan, sama-sama fikir tentang hari esok di akhirat. Cita-cita tertinggi di dunia dan akhirat. Masa depan, hari esok. Hari esok, hari akhirat. Sifir yang mudah.


Muhasabah Penutup


Suka saya memetik dari Surah al-Ankabuut [26] ayat 64:



Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan bermain-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, seandainya mereka mengetahui.



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML