Wednesday, June 11, 2014

ISU GADUH, DERA, BUNUH, JATUH, ROGOL DAN MORAL

Saban minggu lepas kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian yang mengejutkan. Bergaduh di sekolah, dera dan pukul sampai mati, culik dan dibunuh dengan kepala dipenggal, jatuh dari tempat tinggi, dirogol beramai2, melepak dan berpeleseran, tukar jantina. Bayangkan jika mereka2 ini adalah salah seorang daripada ahli keluarga kita.



Pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh. 







Budak didera dan dipukul ibu kandung sampai mati.




Budak diculik dan leher dikelar oleh penculik sampai kepala bercerai dari badan.




Budak mati jatuh daripada aras 3 di pusat membeli belah.



Pelajar wanita tingkatan 3 dan 5 dirogol beramai2 dan bergilir2 oleh 38 lelaki.



Budak2 remaja berkumpul, melepak dan berpeleseran tidak tentu hala tanpa arah tujuan di pusat membeli belah.



Apa kesimpulan daripada kejadian dan video2 di atas?

Hampir semua adalah melayu atau bumiputera.
Berlaku disebabkan persekitaran yang semakin kurang selamat, pengaruh buruk serta kecuaian ibu bapa.
Sifat kemanusiaan dan kasih sayang sesama manusia semakin hilang.
Mungkin ada yang sangat yakin yang "Malaysia masih aman", namun hakikatnya Malaysia tidaklah seaman mana, malah bagi keluarga2 mangsa, Malaysia sudah tidak aman.
Sedarkah kita gejala moral semakin teruk di kalangan generasi muda semakin teruk?
Kasih sayang dalam keluarga juga semakin terhakis. 
Ibu bapa semakin ramai yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab.
Perkara2 di atas tak mustahil boleh berlaku kepada anak2 anda.

Oleh itu...
Sayangilah anak2 anda. 
Jagalah keselamatan anak2 anda. 
Awasilah segala aktiviti dan pergerakan anak2 anda. 
Didiklah anak2 anda dengan akhlak yang baik.

Jika kita tidak rasa dan belajar apa2 daripada kejadian2 di atas, maka tidak mustahil ia akan terus berulang dan berulang dan berulang.




No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML