Monday, May 26, 2014

MENUTUP AURAT ITU SURUHAN ALLAH, MEMBUKA AURAT ITU SURUHAN SYAITAN




Menutup aurat itu suruhan ALLAH, membuka aurat itu suruhan Syaitan

" Eh, kak, teruklah ulama ni."

Aku tertarik apabila mendengar perkataan ulama lalu aku mendekati adikku yang sedang membelek FB gamaknya.

" Ni, ada ke patut dia menggelarkan perempuan yang bertudung labuh di himpunan GST itu pelacur kelas atasan. Hidoi!"

Pelacur, manusia yang menjual maruah diri untuk mendapatkan wang. Tetapi menjadi satu perkara yang pelik apabila melihat ayat daripada ulama itu mengenai perempuan bertudung labuh.

" Kalau perempuan bertudung labuh tu pelacur kelas atasan, adakah yang membuka aurat itu bidadari? Atau lebih teruk daripada pelacur kelas atasan?"

Adik yang mendengar terasa pelik. Membelit-belit pula kakak aku ni. 

" Kalau begitu, mulianya pelacur kelas atasan kerana menutup aurat hanya untuk pelanggan utamanya iaitu suaminya dan betapa hinanya pelacur kelas bawahan kerana membiarkan dirinya dipertontonkan kepada khalayak ramai."

Adik aku terdiam. Ah, lambat sungguh. Pending!

" Pelacur kelas atasan yang dimaksudkannya itu perempuan bertudung labuh, jadi kalau perempuan yang bertudung labuh itu pelacur kelas atasan, maknanya dia lebih mulia kerana menutup aurat dengan sempurna kerana mereka menurut perintah ALLAH, manakala pelacur kelas bawahan itu pula menurut perintah Syaitan kerana membuka aurat."

Barulah adikku terangguk faham. 

Moral value:

Jangan mudah melabel orang kerana tanpa sedar, banyak hati yang terguris dan aku meminta maaf kepada mereka yang terasa dengan cerita ini. Tetapi poin yang sebenarnya ingin diberitahu ialah menutup aurat itu suruhan ALLAH dan tidak menjadi kesalahan pun kepada wanita yang pergi himpunan kerana itu hak mereka dan asalkan mereka menjaga aurat IN sha ALLAH mereka lebih selamat daripada mereka yang sewenang-wenangnya mendedahkan aurat. 

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML