Telefon bimbit, kereta dan komputer riba apabila dipaparkan dan diiklankan bisa menaikkan kemahuan ramai untuk memilikinya. Itu tidak mengapa. Kerana telefon bimbit, kereta dan komputer riba dihasilkan dalam keadaan yang banyak dengan ciri yang sama, harga yang sama dan kepuasan yang sama. Jika ada yang berminat dengan model tertentu, dia boleh pergi ke kedai lalu beli. Model atau spesifikasinya dihasilkan sama. Semua orang boleh beli jika dia teringin memilikinya.
Tapi wanita tidak begitu!
Wanita apabila kalian memaparkan wajah kalian ke internet (Facebook contohnya), pasti ramai akan timbul keinginan untuk memiliki kalian. Masalahnya kalian hanya dihasilkan satu sahaja, bukan berbilang-bilang. Model dan spesifikasi kalian unik setiap satu. Dan hanya satu orang sahaja yang boleh memiliki kalian iaitu suami. Selepas kalian dimiliki suami, kalian tidak boleh lagi dimiliki oleh orang lain. Satu sahaja. Jika orang lain mahu, sudah tidak boleh, melainkan lelaki yang satu itu (suami) melepaskannya.
Jadi, samada kalian belum berumahtangga atau sudah berumahtangga, elakkanlah memaparkan diri (mengiklankan diri) kalian sehingga ramai yang melihat dan menimbulkan keinginan ramai untuk memiliki. Kerana kalian hanya merosakkan hati lelaki, mengacau hati mereka dan kadang-kadang sehingga mengecewakan mereka lantaran diri kalian terhad satu sahaja.
Bukan tidak boleh papar wajah. Boleh papar wajah kerana ia bukan aurat. Tetapi bukanlah menonjol-nonjolkan diri di khalayak ramai dan di internet. Ini adalah untuk mengelakkan fitnah buat kaum lelaki khasnya. Kawallah diri kalian dan malulah. Kerana malu itu dari iman.
Kalian bukan telefon bimbit, kereta dan komputer riba!
Kalian wanita yang dimuliakan ALLAH!
No comments:
Post a Comment