Sering kita membiarkan gulongan mualaf dengan cara hidup mereka sendiri. Mereka hidup tanpa mengamalkan cara hidup sebagai orang Islam. Selain itu terdapat lagi satu gulongan yakni mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan sepanjang hidup mengharapkan bantuan zakat atau sumbangan orang ramai. Pelbagai alasan seperti gangguan kesehatan, di tinggalkan isteri atau suami. Kehidupan mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan Islam yang sepatutnya.
Terdapat pula pasangan suami isteri yang baru memelok agama Islam tapi tidak menunaikan solat sedangkan pasangannya itu yang telah lama Islamnya tidak pula berusaha untuk mendidik pasangannya bagi menunaikan solat serta lain-lain fardhu seperti berpuasa dan lain-lain.
Kehidupan mereka ini seperti layang-layang yang putus tali, akan mudah di tiup angin kemana sahaja. Secara jujurnya mereka tidak memahami apa itu Islam dan zuriat yang bakal lahir dari mereka juga bakal tidak memahami Islam.
Kenapa Mereka Murtad ?
Apabila tidak memahami Islam sudah pasti Iman mereka bergoyang (longgar). Murtad terjadi bila iman di dada semakin koyak. Keimanam pula akan koyak oleh kerana Iktiqad, oleh kerana Perkataan seharian, oleh kerana Perbuatan seharian.
Dengan Iktiqad, keimanan akan rosak melalui perasaan ragu-ragu terhadap Allah swt. Keyakinan adanya kuasa lain yang boleh memberi kehidupan yang lebih sempurna.
Keraguan juga muncul terhadap kesahehan wujudnya malaikat, hari Qiamat, alam barzakh, syurga dan neraka. Juga keraguan tentang al Quran serta perkara sunnah tentang Nabi saw. Apabila berkumpul bermacam-macam keraguan maka berkumpullah keraguan memerangi perintah Allah swt. Oleh itu kita harus memastikan supaya keraguan ini tidak melanda gulongan tersebut serta berusaha agar hatinya tidak timbul ragu-ragu.
Melalui perkataan juga iman akan menjadi semakin tipis, contoh bila hati mengatakan Allah tidak adil, ajaran Rasulullah saw tidak semuanya baik dan agama serta cara hidup Baginda saw hanya sesuai zaman unta.
Bilamana ini sudah berputik maka seterusnya perkara riba, zina, arak dan judi akan di fikirkan untuk di halalkan serta mengharamkan poligami. Pendekata Pendek kata apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak, boleh merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita.
Seterusnya perbuatan juga boleh merosakan iman. Perkara ini boleh berlaku kerana dua keadaan:
1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.
Jelas di sini seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain mereka telah mula hendak murtad. Dengan kedudukan ini munasabahlah ramai umat Islam telah murtad. Boleh jadi murtad jenis ini lebih besar.

No comments:
Post a Comment