Meletakkan cinta dan harapan pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa.
Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
SUSAHNYA MENCARI CINTA TUHAN
Bertepuk sebelah tangan saja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.Tapi sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau “Al Waduud” itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
BAGAIMANA BERCINTA DENGAN TUHAN?
Kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.
Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana.
Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.
Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.
Allah menjelaskan bagaimana cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan dan yang berakhlak mulia.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Q.S: Ali Imran,Ayat:146.)
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta.
Kita pasti tidak mau gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta. Dengan curahan cinta Nya yang Agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Jangankan di Akhirat, selagi di dunia pun, akan terasa di hati balasan cintaNya.
Rasulullah pernah bersabda :
Cintailah sesuatu itu sekadarnya saja. Kerana berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Dan bencilah yang engkau benci itu sekadar saja. Kerana berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
"Cintailah pemilik cinta, maka kita akan lebih dicintai"
"Jika cinta adalah ketertawanan, maka tawanlah aku dalam cinta kepadaMu"
No comments:
Post a Comment