Tuesday, November 4, 2014

DISOAL : NAFSU BIADAP DENGAN ALLAH



"Wahai akal mengadaplah engkau". 

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT, kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud

 : "Wahai akal berbaliklah engkau!", 

lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah SWT. berfirman lagi yang bermaksud :

"Wahai akal! Siapakah aku?". 

Lalu akal pun berkata,

"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." 

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." 

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". 

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.  Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata,

"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Lalu nafsu berkata buat kali kedua,

"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." 

Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". 

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,

" Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." 

1.  Karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal dan nafsu sebagai ujian untuk manusia.

2.  Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

3.  Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA 

Sahabat sekalian, jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan sekiranya tidak mahu dihumban ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang derhaka dengan perintah Allah. Jikalau kita mampu untuk menahan azab Allah di akhirat kelak, maka berbuatlah sesuka hati di di dunia ini dan turutilah telunjuk syaitan.

Tapi jika kita mahu menikmati keindahan syurga kelak maka berkorbanlah menahan keinginan nafsu dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dan berhentilah dari terus menerus mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri apatah lagi kita diakhirat kelak.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih". 

Ada satu kata-kata hikmah yang berbunyi :

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan" 

Oleh itu sahabat, jangan biarkan diri lalai dan leka sehingga memudahkan syaitan menggoda kita. Pelajarilah 2 sifat syaitan iaitu tidak mudah putus asa dan kreatif. Jadilah orang yang tidak putus asa dengan rahmat Allah dan orang yang kreatif dalam menolak segala pujuk rayu syaitan laknatullah. Moga kita dijauhkan oleh Allah dengan makhluk yang bernama syaitan ini.

Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 200 yang bermaksud

"Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca a'uzubillahi minassyaitanirrajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". 

Serangan TERPANTAS dan sukar untuk ditewaskn oleh kita di dunia ini adalah serangan musuh kita yang nyata iaitu SYAITAN!! Walau sehebat mana secanggih manapun senjata kita miliki, hanya senjata Iman dan  Takwa serta Amal Soleh yang mampu menentangnya..

Tarbiyyahlah dirimu.......



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML