Wednesday, October 29, 2014

GOLONGAN YANG SELAMAT DARI AZAB KUBUR



1. Bersuci daripada hadas (wuduk).

bukan along ni... heee


Nabi s.a.w bersabda:

“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” 
(HR Tobrani)

2. Syahid fi sabilillah.



Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara:

  • Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya, serta melihat kedudukannya di syurga.
  • Selamat daripada azab kubur.
  • Selamat dari huru hara hari kiamat.
  • Dipakaikan dikepalanya dgn mahkota ketenangan.. Batu yaqut yang ada padanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
  • Dikahwinkan dengan 72 bidadari.
  • Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”
(HR Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dlm kuburnya selama2nya.”
(HR Hakim)

3. Ribat fi Sabilillah.

gambaq hiasan

Ribat adalah menjaga tempat2 yang dilalui musuh untuk masuk ke Negara Islam.

Nabi s.a.w bersabda:

“Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yg sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”
(HR Muslim)

4. Membaca surah al-Mulk



Ibnu Abbas menceritakan:

“Seorang Sahabt Nabi membina khemah diatas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba2 dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahabat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yang menyelamatkan orang yang membaca serta menjaganya dari azab kubur.”
(HR Tirmizi)

5. Mati disebabkan sakit perut.

Nabi s.a.w bersabda:

"Siapa yang mati disebabkan penyakit dalam perutnya maka tidak diazab dalam kubur."
(HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Mati malam Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada orang Islam yang mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dari azab kubur."
(HR Tirmizi-Doif)"

"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah". 
......Aamiin......

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML