Thursday, July 10, 2014

INGAT SOKMO HOK MOK PESE.....



Suatu hari, ibu mendekati anaknya.

Ibu: "Boleh ibu bicara?"

Anak: "Boleh sangat ibu."

Ibu: "Tengah buat apa tu? Update fb-twitter ya?"

Anak: "Ya, bu."

Ibu: "Off-lah dulu fon dan laptop. Sekejap saja."

Si anak akur dengan suruhan ibunya. Dirasakan pelik sedikit ibunya pagi itu. Tertanya-tanya sendirian, 'aku ada buat salah ke?'

Ibu: "Orang yang paling mengenali kamu adalah ibu kamu sendiri, betul tak?"

Anak: "Benar, bu."

Ibu: "Ibu perhatikan sudah lama anak ibu dengan laman sosial. Bukan baru tahun ini. Malah sudah dua, tiga tahun. Ibu ada ikuti apa yang kamu update di facebook. Ada tengok tweet kamu. Ada jenguk IG kamu..."

Anak: "Bu, saya guna untuk tujuan yang baik bu."

Ibu: "Benar, jika anak ibu ini upload gambar buka aurat, update status cinta dan perasaan meleleh-leleh melampau, cari publisiti murahan, cari likers, cari followers, gedik sakan, flirting fake relay, mengutuk mengeji, sudah pasti ibulah orang pertama yang akan kecewa. Sedih dan dukacita anak seperti itu. Mahu saja ibu bakar api laptop dan henfon jika anak awal-awal nampaknya suka bermain dengan api neraka."

Anak: "Emm..ya bu.."

Ibu: "Ibu lihat kamu update status agama. Ajak orang buat baik. Berubah. Ikut sunnah. Ikut Ulama. Tapi, sampai bila kamu nak begini?"

Anak: "Maksud ibu?"

Ibu: "Misalnya, kamu update ajak orang solat dhuha. Tapi kamu tidak berganjak dari tempat duduk pun. Kamu suruh orang tutup aurat, marah orang gedik bercouple, tapi ibu lihat kamu galak bermesej, whatsapp dengan lelaki. Bergayut dengan lelaki. Kamu suruh orang ikut sunnah Nabi, tapi kamu melewat-lewatkan solat. Kamu suruh orang bangun tahajjud, tapi kamu sendiri tidur sampai terlepas Subuh. Yang lelaki dan perempuan lak ibu tengok berbicara tentang nikah tapi usahanya kumpul duit cari kerja tak ada. Sampai bila?"

Anak: "Tapi bu, salah ke ajak orang buat baik?"

Ibu: "Tak salah. Tapi sampai bila just nak orang jadi baik tapi diri sendiri tak ada perubahan ke arah itu?"

Anak: "Tapi bu, niat saya baik."

Ibu: "Sampai bila just nak harapkan niat baik? Adakah ibadat dan amal soleh itu cukup dengan niat baik? Syurga tidak dimasuki orang-orang yang hanya berniat nak masuk Syurga."

Anak: "Emm..."

Ibu: "Ibu tidak larang. Kamu nak main, nak bersosial. Silakan. Nak berdakwah kononnya, silakan. Ibu tak rasa ini dakwah bila mana ilmu dan amal tidak seiring. Iman dan taqwa tidak di hati. Bila kita ikhlas terhadap Allah dalam ilmu dan amal, insya-Allah status kita buat walaupun ringkas akan terkesan dalam hati manusia. Berkat keikhlasan dan taqwa kita, Allah bantu buka pintu hati orang lain pula."

Anak: "Insya-Allah, bu. Maafkan saya selama ini saya tak sedar kesilapan sendiri. Asyik menuding pada yang lain, tapi enggan cermin diri sendiri. Cermin di fon utk selfie je."

Si anak memeluk ibu tuanya erat-erat. Nangis teresak-esak. Ibu mengusap kepala anaknya. Menangis sama. Jiwa ibu jua tersentuh.

Jangan pernah rasa orang tua kita tak peduli kesalahan kita. Mereka cuma tunggu masa yang sesuai utk tegur kita.

Diam-diam gunung berapi.

Jangan tunggu Allah sendiri 'tegur'.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML