Kita sering baca dan lihat status-status di
fb, twitter, blog dsb yang memaparkan status berunsur keluhan, raih
simpati, sakit hati dan luahan perasaan. Kalau luahan pasangan couple
tidak halal, kita pun tidak peduli.
Tapi apabila pasangan yang sudah berkahwin, memaparkan keluhan demi keluhan tentang pasangannya - suaminya - kita katakan "delete sahaja status itu, ini bukan tempatnya."
Pasangan suami isteri mana tidak pernah berselisih? Pasangan mana tidak pernah terasa hati? Suami isteri mana tidak pernah buat silap?
Jika setakat pertengkaran kecil biasa, terasa hati biasa, atau hati terluka dengan dosa lama pasangan kita, tidak perlulah berlarutan hingga ke pengetahuan umum. Kawan-kawan tidak perlu tahu apa yang berlaku dalam rumahtangga kita.
Jika sampai peringkat pukul dan dera secara fizikal, barulah boleh melalui rundingan wakil keluarga atau lapor kepada pihak berkuasa kemudian melalui proses perceraian apabila rundingan sampai ke jalan mati.
Untuk suami yang tambah isteri lebih dari satu, kita sedia faham isteri pertama hatinya terluka dan terguris rasa. Namun, juga tidak ada keperluan bercerita keburukan suami di khalayak. Jika suami gagal dalam tanggungjawabnya, tindakan undang-undang syariah sentiasa terbuka. Fasakh boleh dipinta bila dah terlampau kritikal.
Jangan jadi isteri derhaka samada secara terang mahupun sembunyi, antaranya yg disebut isteri NUSYUZ dalam hadis-hadis yang anda boleh cari sendiri matannya:-
1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.
2. Menyakiti hati suami.

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami. ( atau ibadah lain )
4. Keluar rumah tanpa izin suami.
5. Meminta cerai daripada suami.
6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.
---
Jangan sebab kita rasa tak bahagia, sedang suami jalankan tanggungjawabnya dengan baik, maka kita bercerita kelemahannya.
"Suami suka marah-marah. Suami tidak menghargai. Suami cakap kasar. Suami panas baran. Suami tak belikan benda ni. Suami banyak salah pada masa lalu. Suami ulang silap lama. Suami masih ingat skandal lama. Suami ini, suami itu...bla bla..Oh hatiku terseksa, hati tak bahagia..duka lara.."
Perlukah semua ini diluah di public?
Sekiranya anda jadi suami, dan anda terlihat kata-kata seperti ini di wall isteri sendiri, tidakkah sakit hati?
Bila suami sakit hati, cuba jawab:
"Di mana tempat kembali si isteri itu nanti?"
No comments:
Post a Comment