Tuesday, July 15, 2014

DOA DI FACEBOOK. DITERIMA ATAU TIDAK??


Doa di Facebook di terima atau tak?? Semuanya bergantung pada Nawaitu kita. Ambil masa beberapa minit untuk membaca dan memahami. Ini bukan LARANGAN cuma sekadar pandangan dan peringatan. yang selebihnya dari diri kita sendiri. Allah maha Mengetahui.
Ambil masa beberapa minit untuk membaca dan memahami. Ini bukan LARANGAN cuma sekadar pandangan dan peringatan. yang selebihnya dari diri kita sendiri. Allah maha Mengetahui.

DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan ALLAH dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar ALLAH.Doa itu Rahsia kita dengan ALLAH. Doa adalah alat komunikasi antara manusia dengan Sang Khaliq yang bersifat khusyuk. Doa merupakan suatu pengharapan dari manusia sebagai makhluk ciptaan Sang Khaliq sebagai satu bentuk pengakuan akan kekerdilan manusia di sebalik kewujudan dan kekuasaan Sang Khaliq sebagai Tuhan sekelian alam.

"“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”

(Surah al-A’raaf, ayat 55-56)

Saya lihat, ramai sahabat-sahabat yang berdoa di facebook dan laman sosial yang lain. Alhamdulillah, tapi bukankah sebaik-baik amalan adalah amalan yang manusia lain tidak tahu? Lagipun, Allah tiada akaun facebook untuk d baca segala luahan kita.

Harus menjadi peringatan untuk para pengguna laman jejaring sosial, bagaimana menjadi pengguna yang baik dengan tidak menjadikan ALLAH sebagai 'teman biasa'. Saling mengingatkan tentang kebaikan antara pengguna laman web itu baik, tetapi alangkah baiknya ketika berdoa tidak meletakkan ALLAH sama dengan manusia, terutama dalam ciri-ciri 'update status'. Mungkin hal ini sesuatu yang biasa saja bagi pengguna laman jejaring sosial, tetapi apakah ALLAH mendengar doa yang diungkap hambaNya melalui status??

apa maksud RIYA'?

Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia. Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua-duanya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab Maliki berpendapat terbatal amalan tersebut.

Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ialah syirik kecil. Sahabat-sahabat bertanya: "Ya Rasululllah, ape syirik kecil? Baginda menjawab: ‘Riya' "

(Hadith Riwayat Ahmad)

Apa itu UJUB?

Ujub ini rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. ujub ni boleh jadi satu benda yg kita sendiri tak sangka yang kita ni ujub.
ujub ni benda yg halus, payah nak perasan kalau memang tak perasan.tapi senang nk buat ujub kalau memang dia bangga dengan diri sendiri.

RENUNGKAN MAKSUD DI SEBALIK UJUB DAN RIYA'.

Seseorang yang mengaku beriman, seharusnya dia amat menjaga apa yang ada dalam hatinya sama seperti dia menjaga tingkahlaku atau perbuatannya zahirnya.

Mana KEMANISAN DAN KEISTIMEWAAN ibadat/doa/tawakal kita kalau kita apabila orang lain tahu??

Contoh : Apabila kita bersembang dengan pakwa atau makwa kita , nanti bila dah masuk alam perkahwinan dengan mereka, kita dah ketandusan dialog2 “special/manis” untuk dikongsikan. Maka, hilang la kemanisan itu sebab kemanisan itu dah ditunjukkan terlebih dahulu. Samalah dengan doa atau rintihan. Kalau kita asyik bercerita pada orang ramai, hilanglah kemanisan kita dengan Allah.

Tapi tak semua status menzahirkan sifat negatif. Ada jga bertujuan untuk menegur. Seperti semua sedia maklum,memang ada insan yg niatkan untuk mengajar, jadi dikongsikan doa, ada pula yang niat untuk di-amin-kan, jadi dikongsikan di status. Bagus dengan niat macam ni. Terpulang pada niat pada akhirnya. Kita perlu sedar akan niat.. Takut kita 'tergolong' sama dlm keadaan tak sedar. Hasutan syaitan ini sangat halus.

Sekadar tambahan tertimbulnya satu persoalan di sini, kalau memang insan itu mahu berdoa, merintih, kenapa perlu diletakkan juga pada status? sedangkan kita tahu doa memerlukan hati yg hina,tunduk pada Allah. Ini tidak, bila nak berdoa, kita online-kan facebook, kita hadap facebook kita dan "berdoa" dan bukannya dengan bersiap hadap Ilahi dengan cara yang lebih baik.

Dan saya cadangkan agar gunakan , "MOHON AGAR MENDOAKAN.." "SEMOGA" dan "INSYAALLAH" dalam lisan/text status supaya kita tak lari dari niat asal doa itu kalau memang status itu berniat baik.
PERINGATAN : BERDOA & MEMBACA DOA adalah dua perkara yg berbeza.

Sesungguhnya ALLAH mengetahui semua perkara. Apa yang ada di langit, di bumi, malah apa yang ada dalam hati manusia.

"At-Taghabun:4. Ia mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui Segala Yang kamu rahsiakan serta Yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada"

Jika demikianlah halusnya pemerhatian ALLAH ke atas kita, apakah kita masih lagi tidak merasakan pentingnya menjaga hati kita, mengikhlaskan niat semua pekerjaan kita adalah semata-mata sebagai ibadah kepadaNya. Amalan yang tidak ikhlas tidak akan mendapat pahala ibadah. Hatilah tempat letaknya ikhlas dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kita..

~baiknya dari Allah, dan kurangnya dari saya yang serba kekurangan. Mohon Ampun jika ada terkasar bahasa. sahabat-sahabat bebas menegur dan betulkan setiap pandangan saya jika ada yang salah dan tak betul. ~

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML