Monday, May 5, 2014

MARI BERDOA DI WAKTU KESUSAHAN...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Sahabat yang dirahmati Allah sekelian , mari kita sama-sama berdoa dengan salah satu doa yang makthur yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita sama-ada sewaktu kita lapang tiada masaalah lebih lagi seandainya kita diuji oleh Allah dengan ujian kesusahan. Semoga kita akan tabah menghadapinya bersabar serta berusaha mengatasinya dan ianya akan mendapat ganjaran Allah kerana kesabaran kita disamping ditunjukkan jalan keluar daripada masaalah tersebut..

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harap, maka janganlah Engkau bebankan/serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata/sekejap, Perbaikilah untukku semua keadaanku! Tiada Ilah-Allah  yang berhak disembah kecuali Engkau.
(HR Abu Dawud dalam Sunannya, no. 5090. )

Inti dari doa ini adalah mentauhidkan Allah عزّوجلّ, bertawakkal kepada-Nya dan berpegang teguh dengan-Nya.

Doa Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

(Ya Allah Maka janganlah Engkau bebankan diri ini kepada diriku sendiri, walaupun hanya sekelip mata/sekejap! Perbaikilah untukku semua keadaanku! Tiada Ilah/Allah yang berhak disembah kecuali Engkau).

Dalam sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini terdapat isyarat betapa seorang hamba sangat memerlukan Allah عزّوجلّ dalam setiap saat kehidupannya dan dalam semua keadaanya. Oleh karena itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdoa:

أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ

Perbaikilah untukku semua keadaanku!

Setelah itu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menutup doa ini dengan kalimat tauhid:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Ilah-Allah yang berhak disembah kecuali Engkau.

Semoga bermanfaat dapat diamalkan dan ajarkan kepada yang lain.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ 
(٢ :سورة المائدة)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم 

2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM

Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML