Saya tertarik dengan dialog berikut yang saya salin dari perkongsian seorang rakan di Facebook. Darinya dapat dipelajari cara yang berhikmah apabila menjawab soalan daripada seseorang yang belum beragama Islam tentang mengapa wanita muslimah tidak boleh bersalam dengan lelaki ajnabi:
A British man came to Sheikh and asked:
The Sheikh said:
British man said:
Sheikh replied:
Jawapan seringkas ini bisa membuka minda si penanya akan satu dimensi baru yang belum pernah dia fikirkan. Jawapan seumpama ini mengajak si penanya melihat bagaimana pandangan ISLAM terhadap wanita.
Jika Barat dan Timur serta seluruh tamadun manusia selain Islam menganggap wanita adalah objek seksual dan hawa nafsu semata, tetapi ISLAM memandang wanita sebagai insan yang mulia yang mempunyai darjat yang sangat tinggi. Bukan sembarangan orang boleh bersalam, menyentuh atau memegang wanita muslim jika tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang dibenarkan syara’.
Jika direnung lebih jauh lagi, bukan setakat hukum bersentuhan sahaja telah ISLAM muliakan wanita, malah dalam banyak aspek, ISLAM telah mengeluarkan wanita yang dahulunya dizalimi dan dipandang hina berabad-abad lamanya ke darjat yang lebih tinggi dan mulia hingga ke hari ini seterusnya hingga ke hari kiamat.
Lihat sahaja di dalam al-Quran, terdapat satu surah khas yang dinamakan surah an-Nisa’ iaitu surah Perempuan. Di dalam surah ini terdapat banyak hukum tentang bagaimana sepatutnya para wanita dilayan dan dijaga kebajikan mereka.
Maruah mereka yang sebelum ini dipandang rendah, kebajikan mereka yang sebelum ini diabaikan, malah mereka hanya dipandang sebagai objek seks semata. Apabila datang ISLAM, keadaan ini berubah! Betapa kasihnya ALLAH Ta`ala sehingga hak wanita dijaga dan diletakkan ia sebagai hukum syariah untuk kita patuhi dan laksanakan.
Malah jika dibaca di dalam hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan athar para sahabah juga, diceritakan banyak perihal kebajikan terhadap wanita. Inilah keindahan ISLAM. ISLAM memuliakan wanita dan sentiasa membela kedudukan mereka. Segala peraturan dan hukum yang ditetapkan semuanya untuk kebaikan mereka.
Wanita Muslimah adalah ibarat ratu bagi kami kaum muslimin. Mereka istimewa.
A British man came to Sheikh and asked:
“Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?”
The Sheikh said:
“Can you shake hands with Queen Elizabeth?”
British man said:
“Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.”
Sheikh replied:
“Our women are queens and queens do not shake hands with strange men!”
Jawapan seringkas ini bisa membuka minda si penanya akan satu dimensi baru yang belum pernah dia fikirkan. Jawapan seumpama ini mengajak si penanya melihat bagaimana pandangan ISLAM terhadap wanita.
Jika Barat dan Timur serta seluruh tamadun manusia selain Islam menganggap wanita adalah objek seksual dan hawa nafsu semata, tetapi ISLAM memandang wanita sebagai insan yang mulia yang mempunyai darjat yang sangat tinggi. Bukan sembarangan orang boleh bersalam, menyentuh atau memegang wanita muslim jika tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang dibenarkan syara’.
Jika direnung lebih jauh lagi, bukan setakat hukum bersentuhan sahaja telah ISLAM muliakan wanita, malah dalam banyak aspek, ISLAM telah mengeluarkan wanita yang dahulunya dizalimi dan dipandang hina berabad-abad lamanya ke darjat yang lebih tinggi dan mulia hingga ke hari ini seterusnya hingga ke hari kiamat.
Lihat sahaja di dalam al-Quran, terdapat satu surah khas yang dinamakan surah an-Nisa’ iaitu surah Perempuan. Di dalam surah ini terdapat banyak hukum tentang bagaimana sepatutnya para wanita dilayan dan dijaga kebajikan mereka.
Maruah mereka yang sebelum ini dipandang rendah, kebajikan mereka yang sebelum ini diabaikan, malah mereka hanya dipandang sebagai objek seks semata. Apabila datang ISLAM, keadaan ini berubah! Betapa kasihnya ALLAH Ta`ala sehingga hak wanita dijaga dan diletakkan ia sebagai hukum syariah untuk kita patuhi dan laksanakan.
Malah jika dibaca di dalam hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan athar para sahabah juga, diceritakan banyak perihal kebajikan terhadap wanita. Inilah keindahan ISLAM. ISLAM memuliakan wanita dan sentiasa membela kedudukan mereka. Segala peraturan dan hukum yang ditetapkan semuanya untuk kebaikan mereka.
Wanita Muslimah adalah ibarat ratu bagi kami kaum muslimin. Mereka istimewa.
No comments:
Post a Comment