Wednesday, March 26, 2014

SEKSAAN API NERAKA DAN KESANNYA TERHADAP ANATOMI MANUSIA

Dahulunya dianggap bahawa deria rasa dan sakit adalah bergantung kepada otak. Penemuan masakini membuktikan adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit manusia, di mana ketiadaannya akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh merasai kesakitan.

Apabila seorang doktor memeriksa seorang pesakit yang mengalami kecederaan terbakar, ia akan menentukan tahap kecederaan terbakar itu dengan menggunakan cucukan jarum pada kulit. Jika pesakit merasa sakit bila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka terbakar itu hanya berlaku di bahagian luaran kulit sahaja. Sebaliknya jika pesakit tidak merasai sakit apabila dicucuk, ini menunjukan luka terbakar itu adalah terlalu dalam dan telah merosakkan deria rasa sakit.




Al-Qur’an menunjukkan bahawa wujudnya deria rasa sakit ini pada ayat yang berikut:

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (An-Nisaa’ : 56 )

Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Chiang Mai di Thailand telah mengambil masa yang lama membuat kajian mengenai deria rasa sakit ini.

Pada awalnya dia tidak dapat mempercayai bahawa Al-Qur’an telah menjelaskan fakta saintifik ini pada 1,400 tahun yang lalu. Dia kemudian telah menyemak terjemahan ayat Al-Qur’an ini. Prof. Tejasen merasa sangat kagum terhadap ketepatan saintifik ayat Al-Qur’an tersebut, sehinggakan pada Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 yang diadakan di Riyadh mengenai Tanda-tanda Saintifik Al-Qur’an dan Sunnah, beliau telah mengisytiharkan di khalayak ramai: “ Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW adalah Pesuruh Allah.”

HAL MENGENAI USUS





Anatomi telah mendapati bahawa usus kecil adalah bahagian terpanjang dalam sistem pencernaan, kira-kira 5 meter. Dinding usus terdiri daripada 3 lapisan:

Lapisan luar (serum stratum): membran lapisan adalah lembut dan basah kerana perembesan cecair serum.
Stratum pertengahan (stratum otot).
Lapisan dalaman (lapisan mukosa): Ia terdiri dari kepingan mukosa dan lipatan atau bulatan melingkar yang penuh dengan villi, dan mengandungi kelenjar usus dan vesikuler limpa.

Telah ditemui bahawa rongga perut diliputi dengan peritoneum yang dihubungi melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut.Saraf ini dipengaruhi oleh sentuhan dan haba. Jaluran (viscera) itu tidak mempunyai saraf untuk rasa sakit atau sensasi.

Oleh itu, semasa pembedahan dimana dilakukan bius pada dinding perut , dan perut dibedah terbuka, tidak ada sensasi rasa sakit atau gangguan dirasakan pada usus jika ianya dipegang, dipotong atau dibakar. Tetapi ketika usus dipotong atau berlubang atas sebab apapun, isi perut keluar ke rongga sekitar viscera, yang dipenuhi saraf sensitif, rasa sakit menjadi sangat parah dan perut pesakit dalam keadaan yang dipanggil Board Like Rigidity Pesakit ini berada pada status bedah kecemasan yang memerlukan pembedahan segera.

Didalam Al-Qur’an, Allah SWT menerangkan tentang azab api neraka dengan firmanNya: “… dan (mereka) diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya.” (Surah Muhammad, ayat 15)

Al-Quran mengancam orang-orang yang kafir dengan air panas yang mengoyak perut mereka. Alasan yang mendasari ancaman ini kini telah menjadi kenyataan.Telah didapati bahawa kepanasan tidak mengakibatkan kesan sakit kepada dalaman usus.

Tetapi jika usus ini dipotong, air panas di dalamnya keluar ke peritoneum yang dijalin melalui saraf dinding ke bahagian kulit, dan otot-otot dada dan perut. Saraf ini menerima kesan sentuhan atau panas, sehinggakan air panas tersebut selepas usus dipotong, menyebabkan rasa sakit yang amat parah.

Jadi rasa sakit/azab luaran dirasakan pada kulit, berbeza dari yang dirasakan di dalam usus, kerana perbezaan ciri-ciri struktur kulit. Bekas sakit yang teramat tidak dapat dirasai lagi kecuali kulit yang terbakar digantikan dengan lapisan baru, sedangkan dalam kes usus, azab dirasakan hanya dengan memotong usus dengan air panas.

Azab seksaan ini akan berterusan seperti firman Allah dalam Al-Qur’an: ” Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahannam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas setiap orang yang kufur.” (QS. Fatir, ayat: 36)

Oleh yang demikian mukjizat saintifik Al-Qur’an kini telah ternyata benar. Rasa sakit seperti yang ditemui dalam fakta-fakta perubatan adalah sangat bertepatan dengan kenyataan-kenyataan didalam Al-Quran.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML