Wednesday, March 26, 2014

KEISTIMEWAAN AL-FATIHAH



Dalam Shahih Bukhari dan Muslim menerusi hadith Abu Sa'id Al-Khudri, "Beberapa orang sahabat Nabi sedang dalam perjalanan. Mereka singgah di salah satu perkampungan dan hendak bertemu dengan penduduknya, tetapi para penduduk itu menolak untuk menerima mereka sebagai tetamu. tiba-tiba ketua penduduk di situ digigit binatang berbisa. mereka mengusahakan segala sesuatu namun tidak mengahsilkan apa-apa. Sebahagian penduduk berkata: "Cuba kamu temui beberapa orang lelaki tadi. Kemungkinan ada di antara mereka yang pandai mengubat".


Para penduduk di situ mendatangi sahabat dan berkata : "Pemimpin kami disengat binatang berbisa dan kami telah mengusahakan segala sesuatu, tetapi gagal semuanya. Adakah salah seorang di antara kamu yang pandai mengubat?" Salah seorang daripada sahabat Nabi menjawab: "Ya, saya boleh meruqyah, tetapi tadi kami minta menjadi tetamu kamu dan kamu menolaknya. Aku tidak akan mengubatnya melainkan kamu memberi upah".


Penduduk kampong berjanji akan memberi kepadanya 30 ekor kambing sebagai hadiah. Lalu sahabat Nabi datang, meludahi tempat terkena bisa sambil membaca al-Fatihah. Tiba-tiba orang itu terus berdiri seolah-olah baru terlepas daripada ikatan.Dia bangun dan berjalan seolah-olah tak pernah sakit. Akhirnya mereka memenuhi janji dengan memberikan kambing2 kepada sahabat2. Sahabat2 berkata kepada yang lain: "Mari kita bahagi sama rata". Orang yang meruqyah itu berkata :"Jangan lakukan sesuatu sebelum kita berjumpa Rasulullah. biar kita beritahu baginda dan kita lihat apa yang akan baginda katakan nanti".


Pergilah mereka menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kepada baginda segala hal yang telah berlakau. Baginda bertanya: "Daripada manakah kamu tahu bahawa surah Al-Fatihah itu adalah ruqyah?. Baginda melanjutkan : "Kamu bertindak benar. Bahagi-bahagikan kambing-kambing itu dan berikan kepadaku satu bahagian".ditakhrij oleh At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.


Ibnu Majah meriwayatkan menerusi hadith Ali, berkata: Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik ubat ialah Al-Quran".


Allah juga berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 82 bermaksud:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)


Begitu juga dalam surah Al-Fath akhir ayat 29 yang bermaksud (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (29)


Sahabat2 Nabi adalah orang2 yang beriman dan yang beramal soleh. Manakala surah Al-Fatihah pula mengandungi pelbagai makna yang tercakup dalam kitab-kitab Allah dan meliputi dasar-dasar dari Asma Allah yakni Allah, Ar-Rab, Ar-Rahman, Ar-Rahim serta ketetapan hari pembalasan.


Surah ini menyatakan betapa berhajatnya seorang hamba Allah untuk memohon pertolongan hanya kepadaNya. Memohon petunjuk supaya dapat mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya serta berjalan lurus di atas yang meliputi kesempurnaan makrifatullah.


Amalkan surah ini bagi memohon daripada Allah kerana surah ini adalah dialog kita secara langsung tanpa melalui perantaraan.

Sesiapa yang mengekalkan mambaca Al-Fatihah di antara solat sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka fadhilatnya ialah: 

- Meminta pangkat melainkan dapat. 
- Ia miskin melainkan kaya. 
- Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya 
- Ia sakit melainkan disembuhkan Allah. 
- Ia lemah malainkan dikuatkan Allah. 
- Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita. 

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan: 

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.” 

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah ke atas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.” 

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.” 

Begitulah Fadhilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah ke atas seorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, InsyaAllah afiat 

AIR FATIHAH 

Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a. cucu kepada Rasulallah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuhlah penyakitnya. 

Demikianlah, sesiapa sehaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini: 

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih. 

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaaAllah akan afiat. 

MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT 

Apabila sesaorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fathihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu. 

Insyaallah akan terurai ikatan atau belenggu tersebut dengan izin Allah terlepas. 

FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDUR 

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca

Qulhuallah 3 kali, 
surah alFalaq sekali 
surah anNaas sekali 

terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding daripada hantu syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor. 

FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI 

Jika dibacakan Fatihah: 

70 kali sehari selama 7 hari 

pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. 

InsyaaAllah akan dibukakan Allah pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat. 

FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT 

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata: 

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut." 

Setelah itu bermohonlah ia kepada Allah akan hajatnya, insyaaAllah akan dimakbulkan. 

WIRID FATIHAH 

Sesiapa yang membaca al-Fathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas solat Fardhu sebanyak 20 kali akan: 

- Dimurahkan Allah rezekinya 
- Diperbaiki hal ehwalnya. 
- Dibersihkan hatinya. 
- Diangkat darjatnya. 
- Dimudahkan pekerjaannya. 
- Dilepaskan daripada dukacita 
- Dijauhkan daripada mudharat. 
- Diberi kerajinan dan semangat. 
- Tidak kecewa. 
- Dijauh daripada hasutan syaitan. 
- Diilhamkan kepadanya kebajikan 

FATIHAH - UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT 

Sesiapa yang dipecat daripada pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan dia ingin kembali kepada pangkatnya, hendaklah dia membaca Fathihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari. 

Jangan kurang daripada bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. 

InsyaAllah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada kudrat Allah SWT. 

FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT 

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan ingin pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini: 

Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. 

Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardhu Subuh. 

InsyaaAllah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik. 

FATIHAH DI ATAS KAPAS 

Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin AllahFatihah - Untuk Bereskan Pekerjaan 

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali. 

InsyaaAllah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres. 

FATIHAH - PENGHILANG DAHAGA 

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. 

Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu. 

FATIHAH - UNTUK MENGUBAT SAKIT TELINGA 

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallah afiat. 

FATIHAH - MINYAK FATIHAH 

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan. 

FATIHAH - SEBAGAI PENAWAR 

Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. 

Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya. 
Wallahu a'lam. 


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML