Sunday, February 23, 2014

IKHTILAT

IKHTILAT DALAM ISLAM




Diri ini mulakan entri ini dengan selawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Alhamdulillah dah banyak perkongsian yang diri ini kongsikan dengan pembaca semua. InsyaAllah, pada kali ini, entri mengenai ikhtilat dalam Islam akan dikupas serta dibincangkan. 

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhtilat ? Ikhtilat dari segi bahasa bererti meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya. Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan. 

Persoalannya, mengapakah ikhtilat antara lelaki dan perempuan begitu dititikberatkan dalam Islam ? Macam inilah. Kalau pergaulan sesama lelaki dan sesama perempuan tidak perlulah dirisaukan kerana perkara tersebut dijamin tidak akan berlaku perkara maksiat padanya serta telah pun dibenarkan dan dihalalkan oleh syarak. Oleh hal yang demikian, persoalan ikhtilat antara lelaki dan perempuan akan dibincang serta dikupaskan. 

Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia. Jelas setakat ini ? 


✿✿ Jagalah Ikhtilatmu ✿✿





Maksud daripada sabda Rasulullah : 

"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dia ditemani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."

Dalil di atas membuktikan bahawa kita wajib menjaga diri kita yakni menjaga ikhtilat. Allah melarang serta mengharamkan wanita bermusafir seorang diri tanpa ditemani mahramnya. Allah juga melarang lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan. 

Lihat, betapa urusan ikhtilat ini dititikberatkan oleh Allah dan Rasulullah. Siapalah kita untuk meremehkan perkara ini sebenarnya ? Tepuk dada, tanya iman dan diri. 


✿✿ Hindarilah Ikhtilat Bebas ✿✿



Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai daripada kalangan masyarakat kita yang memandang remeh serta memandangnya sebelah mata sahaja. Zaman moden sekarang ini, masyarakat sudah tidak lagi memandang soal-soal sebegini. Maklumlah, diliberalkan Islam pada masa sekarang. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Alahai, betapa jumudnya pemikiran masyarakat sekarang. 

Apakah hukum ikhtilat sebenarnya ? Pasti semua pembaca tertunggu-tunggu mengenai hal ini. Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 
Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 

Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah : 


Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW
.
Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.

Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.


✿✿ Batasilah Ikhtilatmu ✿✿




Jaga serta batasilah diri kita dengan mengamalkan beberapa adab ikhtilat. Antara adab ikhtilat dalam Islam ialah : 

Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat

Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 

Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita. 


✿✿Katakan Tidak Pada Pergaulan Bebas ✿✿


Wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian, berhati-hatilah kamu dalam berurusan sesama berlainan jantina. Boleh jadi urusan kamu mendapat keredhaan Ilahi atau mendapat yang sebaliknya yakni kemurkaanNya. Oleh hal yang demikian, janganlah kamu meremeh-temehkan hal ikhtilat. 

Katakan tidak pada pergaulan bebas sama ada yang bersederhana atau pun yang melampaui batasan syarak. Sayangilah agama kita. Sesungguhnya setiap undang-undang dan hukum-hakam yang diperintahkan ke atas diri kita itu merupakan kebaikan untuk diri kita juga. Jadi, percayailah Tuhan kita. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. 

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendaoat mardhatillah dan syurgaNya yang abadi. Jangan sia-siakan usia kita dengan perkara yang tidak diredhai Ilahi. Ketahuilah bahawa hidup dan mati kita hanya untukNya. Jadi, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita ke arah kebaikan. Semoga kita semua menjadi insan soleh dan solehah yang muslih dan memuslihkan. InsyaAllah. 



























APA ITU SEBENARNYA IKHTILAT?????

Bahasa

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah Syariat

Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.



HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?

Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)

Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
Dalam pembelajaran (Kelas)
Jual beli
Kerja kehakiman
Saksi
Amar maaruf nahi mungkar
Melayan tetamu
Dalam kenderaan awam
Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat

 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1-      Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat

1-      Niat

Kerana Allah
2-      Matlamat

Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan

Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat

Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap

Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat

Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai

Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat

Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.

Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat

Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan

Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)

Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat

Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.

Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan

Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat

Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat

Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat

“Wallahua’lam”

Rujukan:

Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud


Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail& Facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.
Kita juga didedahkan bahawa rukun yang perlu diketahui dalam pergerakan Islam adalah rukun taaruf. Akan tetapi, apa yang membimbangkan kita adalah perhubungan yang dimulakan atas dasar taaruf tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian ilmu & kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Ada juga, kononnya beralasan hendak memahami & mewujudkan keserasian dalam bekerja. Apa yang lebih menakutkan adalah perhubungan tersebut menjadi barah ‘cinta’ walaupun pada zahirnya seakan-akan kita melihat mereka saling mengambil berat (salah guna atas nama usrah). Perkara ini, seolah-olah mencari keredhaan Allah, sedangkan mereka sudah terjerus dalam kemurkaan Allah. Kerana itulah kita perlu memahami konsep sebenar dalam bekerja kerana Allah & batas pergaulan dalam bekerja.

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.

(lelaki & perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.

 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”  (An Nuur : 30-31)

 “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram..”  
(Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)

2.Jangan sesekali membiarkan seorang lelaki & perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

“Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan” (Tabrani).
Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’ ia kalau dibiarkan berdua).Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.

3.Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya.

Jauhi juga warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii)
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” (Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

4.Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.

Mesyuarat& perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat

Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

5.Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara,terutama ketika bermuamalat dengan lelaki:

a) Percakapan :

Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?

"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik." 
(Al Ahzab: 32)


b) Berjalan & pergerakan:

Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

 “Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”(An Nuur : 31)

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu”
(Al Qashah :25)



Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.
Lelaki yang pintar..

 takkan risau & gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..
Wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..

Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki yang bergelar suami..

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal." Insyaallah..


BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKHTILAT

Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
* Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi.

* Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.


KHALWAT

Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
* Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.

* Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai


SALAH KE???

Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-


1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN

· Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth:PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.


2- GOLONGAN MUTASAHHILIN

· Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.


3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN

· Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.


APA YANG SALAH???

Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati,diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??


[ 1 ] MELIHAT النظر- -

" Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi


[ 2 ] SENTUH – المسح -

Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.


[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32


[ 4 ] TIADA PENDINDING (HIJAB)

" Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53


[ 5 ] KHALWAT

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari


PECAHAN IKHTILAT

Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :

[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie

IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE

1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4- Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.

IKHTILAT SYAR'IE

1- Mempunyai hajat
· Tempat menuntut ilmu
· Medan jihad
· Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
· Menziarah
· Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
· Menunaikan haji dan Umrah
· Musafir syar'ie
· Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
· Menjadi saksi
· Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT

1- Tidak bersentuhan
2- Menjaga aurat
3- Menjaga adab bercakap
4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.


MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.


KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...


"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
semata2 hanyalah berdusta"


Permasalahan Ikhtilat

Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw:

Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. 
Hadis Riwayat Turmu

Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.


Firman Allah :
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.
Surah An Nur : 31


Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب

Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." 
Surah Al Ahzab :53

Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:

i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan?

Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.

Begitulah coretan dr. peroleh daripada seorang sahabiah.Namun, dr. belum peroleh blog penulis asal artikel ini.InsyaAllah, jika mendapat maklumat dr. akan link kan terus penulis blog artikel ini.




Baiklah, ingatan tambahan buat diri ini dan sahabat semua yang begitu asyik bersahabat dengan sesiapa sahaja di alam maya, tidak kiralah lelaki mahupun wanita.

Ada yang berpendapat tiada salahnya bersembang di laman sosial dengan individu yang bergelar 'single and available' , suami/isteri orang, rakan lama, kekasih lama dengan alasan tu semua tidak menjadi soal dan sudah jadi sejarah lama.Malah dengan yakin menyatakan bahawa ukhuwah terjalin ikhlas dan tiada maksud tertentu.Tidak kurang juga mudah saja jari menekan button accept friend req tanpa berfikir berulang kali.

Ingatlah antara 2 orang yang tidak mempunyai hubungan/ikatan sah itu ada orang ke-3 antara keduanya.Malah syaitan suka suasana begini, 'teman tapi mesra'...walaupun kelihatan seperti suatu perhubungan yang sihat, natijahnya lebih banyak perkara yang negatif.

Jika suatu perhubungan antara 2 jantina yg tiada ikatan terjalin...TANPA SEBAB YANG PERLU...fikirkan kembali...

Tidakkah pergaulan bebas itu meliputi semuanya??? Alam maya/alam realiti sama saja.Pergaulan bebas amat dtegah dalam syariat Islam.Tidak kiralah di dunia sebenar mahupun dengan hanya mengadap skrin laptop semata.Wallahu a'alam...



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML