Saturday, March 28, 2015

TIADA YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA MELAINKAN ALLAH S.W.T



َّاَللَّهُم

(Allahumma)
Ya ALLAH
 
اَنْتَ رَبِّى

(ANTA Rabbi)
ENGKAUlah Tuhanku
 
َلَا اِلَهَ اِلَّا اَنْت

(La ilaha illa ANTA)
Tiada Tuhan selain ENGKAU

خَلَقْتَنِى

(Khalaqtani)
ENGKAU menjadikan aku

َوَاَنَا عَبْدُك

(Wa ana `abduKA)
Dan aku ini hambaMU

ُوَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْت

(Wa ana `ala `ahdiKA wa wa`diKA mastatHo`tu)
Dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar mampuku

ُوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت

(Wa a`udzu biKA min sharri ma sona`tu)
Dan aku berlindung denganMU dari kejahatan yang telah aku lakukan

َّوَاَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَى

(Wa abu’ulaka bini`matiKA `alayya)
Dan aku mengaku segala nikmat yang diberikan ke atasku

وَاَبُوءُ بِذَنْبِى

(Wa abu’u bidzanbi)
Dan aku mengaku akan dosa-dosaku

فَاغْفِرْ لِى

(Faghfirli)
Oleh itu, berilah keampunan untukku.
َ
َفَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلَّا اَنْت

(Fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa ANTA)
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa, melainkan hanya ENGKAU



 Fadhilat

Doa di atas juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar, iaitu Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan.  Selain mempunyai makna yang sangat baik dan sangat menyentuh hati, doa di atas juga mempunyai fadhilatnya tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam seperti berikut:

:عن شداد بن أوس ‏‏رضي الله عنه ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏‏سيد ‏‏الاستغفار أن تقول

اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
قال ومن قالها من النهار موقنا بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة
(رواه البخاري)


Daripada Shaddad bin Aus (شداد بن أوس) radhiAllahu `anhu, daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

    “Penghulu istighfar ialah dengan kamu mengucapkan:

    اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت


    Nabi seterusnya bersabda: 


“Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan ahli Syurga.  Sesiapa yang mengucapkannya pada awal malam dalam keadaan yakin dengan isi kandungannya, dia mati sebelum datangnya pagi, dia termasuk dari kalangan ahli syurga.”
(HR al-Bukhari)

Semoga kita semua dapat dapat mengungkapkan doa ini dengan penuh penghayatan dan menyerap ke dalam hati kita.
Read More

Friday, March 20, 2015

"CU, MAGHI DUDUK SMETA TOK NOP CEGHITO SIKIT"


Saya terjumpa poster ini di Facebook.  Niat pembuat poster ini mungkin baik, tetapi sayang caranya tidak kena gaya.

Kesian saya tengok si atuk ini yang dibayangkan terkebil-kebil untuk menjawab pertanyaan cucunya.  Mungkin situasi ini terjadi kerana si atuk tersebut tidak mempunyai kefahaman yang baik terhadap aqidahnya lantaran daripada sistem pendidikan yang beliau lalui selama ini.



Mungkin saya boleh bantu memberikan contoh jawapan yang boleh dijawab olehnya bagi menangani soalan tersebut, seterusnya membantu menjelaskan kekeliruan cucu kesayangannya itu.

Cadangan dialog:

–>  Dialog berikut bersambung dari gambar di atas:

Atuk:  “Err… cu, duduk sebentar atuk terangkan…”
Cucu:  “Baik atuk.”
Atuk:  “Begini, cucu kenal kan siapa Tuhan kita?”
Cucu:  “Ya, saya kenal atuk.  ALLAH lah Tuhan kita.”
Atuk:  “Bagus.  Ya, ALLAH lah Tuhan kita.  DIA lah Tuhan semesta alam.  Tuhan segala makhluq.  Tiada Tuhan selain DIA.  DIA satu-satunya Tuhan.  Tiada yang lain selain DIA.”
Cucu:  “…”
Atuk:  “Apa yang cucu nampak tu adalah kerana orang-orang Kristian juga mengaku bahawa ALLAH lah Tuhan mereka.  Bukan sahaja orang Kristian, bahkan orang Hindu, Buddha, Yahudi dan macam-macam lagi, semuanya sepatutnya mengaku bahawa ALLAH lah tuhan mereka.”
Cucu:  “Habis tu kita orang-orang Islam ni takde bezalah dengan agama lain?”
Atuk:  “Ada bezanya, cu…”
Cucu:  “Apa bezanya, atuk?”
Atuk:  “Bezanya ialah Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diiktiraf oleh ALLAH.  Sedangkan agama-agama lain semuanya tidak diiktiraf.”
Cucu:  “Maknanya diorang salah lah…”
Atuk:  “Ya, diorang salah.  Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain, semuanya salah.  Diorang kata ALLAH ada anak lah.  Ada yang menyekutukan ALLAH dengan cara menyembah sama patung-patung yang diorang cipta sendiri kononnya sebagai perantaraan dan macam-macam lagi.”
Cucu:  “Ooo…begitu.”
Atuk:  “Sedangkan ALLAH adalah Tuhan Yang Tunggal, DIA Tuhan Yang Esa.  Tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Cu ingat tak inti kandungan surah Al-Ikhlas?”
Cucu:  “Ingat!”

Si atuk lalu membacakan surah Al-Ikhlas beserta dengan maknanya sekali.



Atuk:  “Itulah biodata ALLAH yang sebenar secara ringkas.”
Cucu:  “Oooo… habis tu kita nak biarkan aje ke diorang macam tu, atuk?”
Atuk:  “Sebaik-baiknya kalau cucu ada keupayaan, cucu hampirilah mereka, terangkan kepada mereka siapakah ALLAH yang sebenarnya.  Kesian kat diorang tu tau.  Mereka mahu mengaku ALLAH sebagai Tuhan, tapi mereka tersalah maklumat.  Kalau tiada siapa yang ambil peranan terangkan kepada mereka, nanti jadi dulu-kini dan selamanyalah diorang akan tersesat.”
Cucu:  “Terima kasih atuk.  In shaa’ ALLAH, walaupun saya masih kecil, saya akan cuba sampaikan yang benar kepada mereka.  Minggu depan saya nak terangkan pada kawan saya, Jason dan Jeremy kat sekolah tentang siapakah ALLAH yang sebenarnya supaya mereka tahu dan jelas.”
Atuk:  “Bagus…bagus…!”
Cucu:  “Terima kasih atuk.  Lega rasanya.  Saya tak keliru lagi.  Jelas dah…”
Atuk:  “Eh, sebelum tu, ni atuk ada risalah untuk cucu baca supaya cucu jelas dengan apa yang telah atuk terangkan tadi.  Hah, ni dia, bacalah yek…”
Cucu:  “Wow, terima kasih atuk.  Sayang atuk.  Sayang ALLAH!”
Atuk:  “Semoga ALLAH pelihara cucu atuk ni dengan hidayah dan taufiqNYA dan menjadikan cucu atuk ni sebagai pendakwah yang baik di sisi ALLAH, amin…”

Itulah perbualan antara atuk dan cucunya.  Iman mereka segar pada petang tersebut kerana berbincang siapakah ALLAH dan sifat-sifatNYA.

Alhamdulillah, bukan sahaja si cucu itu semakin jelas dengan kedudukan yang sebenar, bahkan pula menaikkan semangat si cucu itu untuk memberikan penjelasan kepada rakan-rakannya yang beragama Kristian dan lain-lain agama.  Hasilnya, si cucu teguh dengan kefahamannya mengenai siapakah ALLAH dan mudah-mudahan penganut agama lain mendapat manfaat mengenali ALLAH yang sebenar hasil daripada penerangan si cucu tersebut.

ALLAH lah yang memberikan hidayah dan taufiq kepada siapa yang DIA kehendaki.  Kita berusahalah untuk mendapatkannya.  Semoga bermanfaat.
Read More

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML