Tuesday, February 3, 2015

AMALAN

Hari demi hari, umur kita semakin meningkat. ada tak sesiapa yang umurnya tidak meningkat? lengkara bukan.? tetapi adakah peningkatan amalan kita selari dengan peningkatan umur kita? beliau menanyakan apakah yang difahami dengan rugi dalam perniagaan. semestinya tidak balik modal bukan? secara umumnya itu yang difahami hampir semua orang. tetapi konteks yang dibincangkan bukanlah suatu perniagaan biasa.

amalan kita bagaimana?

Amalan kita bagaimana?

Amalan kita boleh diibaratkan sebuah urus niaga yang kita lakukan dengan Allah sepanjang hayat. tidak untung? rugi? bahkan muflis? apakah yang dimaksudkan dengannya? ikuti perkongsian ini selanjutnya :)

Setiap perniagaan memerlukan modal. apakah modal yang dimaksudkan? modal tersebut adalah masa, usia, harta, kesihatan dll. segala yang diri anda miliki. modal ini digunakan untuk berurusan dengan ALLAH menggantikan mata wang .    

Tak Untung



Sebagai contoh, anda menunaikan solat secara bersendirian. tetapi di hadapan anda ada jemaah yang sedang bersolat. anda tidak rugi, anda hanya mendapat pahala kerana menunaikan solat. tetapi anda tidak mendapat ganjaran buy 1 free 27 iaitu kelebihan menunaikan solat secara berjemaah. harap lepas ini kita sama-sama mengamalkan solat berjemaah bagi setiap solat fardu, insyaAllah :)



Rugi

Rambang mata?
Cuba anda bayangkan. Ketika ini anda berada di dalam sebuah pasar borong. terdapat pelbagai potongan harga dan ganjaran. namun anda tetap memilih untuk membeli barangan yang mahal. bukankah anda akan rugi? sebagai contoh anda melepaskan ganjaran buy 1 free 27 ataupun buy 1 free 1 untuk membeli barangan yang sama degan harga yang jauh lebih mahal. apa yang ingin disampaikan adalah cara penggunaan modal oleh anda. kerugian akan berlaku apabila anda menggunakan sewenangnya mahupun tiada perancangan mengenai penggunaannya. 

Anda paham? hahaha, kurang paham? begini, anda menggunakan masa, usia, tubuh badan dan segala yang anda miliki untuk melakukan sesuatu. malangnya anda tidak mendapat pulangan dari segi pahala. masa terbuang begitu sahaja dengan melakukan perkara yang kurang bermanfaat dan sebagainya. bahkan anda terpaksa menanggung dosa diatas perlakuan anda.


Lebih baik daripada seribu bulan

Sekejap rasa, sekarang dah Februari.

Pejam celik nanti bulan puasa pulak.


Wahai saudaraku, tidak lama lagi akan diadakan grand sale. ia diadakan setiap tahun tetapi tidak sama dengan grand sale yang diadakan di mana-mana pusat membeli-belah. ini kerana ganjaran yang diberikan oleh mereka hanya kepada pengunjung yang terpilih sahaja. contohnya ganjaran akan diberikan kepada pengunjung ke sejuta. tetapi lelongan luar biasa yang ditekankan memberikan ganjaran yang sangat istimewa kepada yang berusaha untuk mendapatkannya dengan ikhlas. anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. hanya tenaga untuk mengejarnya mengikut kemampuan anda.

IANYA
walaupun hanya pengunjung yang terpilih yang menerima ganjaran yang paling istimewa, pengunjung yang lain pula tidak rugi. sayang seribu kali sayang. masih ramai yang mengabaikannya. marilah kita senantiasa bermuhasabah diri.







Muflis



Adakah anda seorang yang MUFLIS?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, muflis bermaksud berada di dalam keadaan tidak berupaya untuk melangsaikan hutang. Tetapi muflis yang dimaksudkan ada dua contoh iaitu muflis disebabkan diri sendiri ataupun disebabkan orang lain. 

Contoh pertama muflis kerana tindakannya sendiri.
Contohnya, dia adalah seorang pemimpin bagi suatu masyarakat. Dia tidak melakukan tangungjawabnya atau melakukan kezaliman ke atas orang bawahannya dll.

Renung-renungkan


Contoh kedua, muflis disebabkan orang lain sama ada keluarga sendiri, orang bawahan (pekerja), sahabat dll. Selalunya terjadi kepada pemimpin tidak kiralah pemimpin negara, masyarakat mahupun pemimpin keluarga. kita ambil contoh pemimpin keluarga, yang lebih mesra dipanggil bapa atau ayah.





Dia merupakan seorang yang suka beribadah. akan tetapi, ahli keluarganya iaitu isteri dan anak-anak melakukan dosa. dia mengetahuinya, tetapi tidak menegur. maka dia yang akan menanggung dosa mereka. 




Terdapat sebuah kisah di mana seorang suami ini seorang yang alim. selalu mengunjungi surau, solat berjemaah. akan tetapi, isterinya seorang yang suka mengata orang lain. dia tidak menegurnya walaupun hal itu berada di dalam pengetahuannya. ditakdirkan sang suami pergi dahulu. setelah selesai dikebumikan, tiba-tiba kedengaran dentuman yang kuat dari dalam kubur sang suami. semua terkejut. tidakku ingati kisah selanjutnya. Allah telah menunjukkan balasannya yang pedih. bertaubatlah kita sebelum terlambat...


"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".
Al-Quran, Surah At-Tahrim, ayat 6 


Bermaaf-maafan
Jika golongan yang dinyatakan di atas, pengumpat, penabur fitnah dll tidak sempat meminta maaf kepada orang yang dianiaya semasa dia hidup, konsep tolak dan terima akan digunakan semasa hari penghitungan. konsep apakah ini? matematik? bukan, ia adalah konsep tolak pahala dan terima dosa. individu tersebut akan ditolak pahalanya kerana dosanya kepada yang dianiaya. 





Jika masih tidak cukup, perlaku akan menerima dosa orang yang dianiaya masuk ke dalam akaun amalannya.
Mampukah kita menanggung dosa orang lain? Dosa diri sendiri bagaimana pula?

Kaunter Bayaran


Mampukah hasil kita menyelamatkan kita?
Sebelum kita sampai di kaunter bayaran, kita akan menempuhi suatu tempoh di mana kita berusaha untuk menanam pelbagai hasil. Sesudah itu kita akan meninggalkan segalanya melainkan 3 perkara, iaitu amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Setelah menunggu untuk suatu tempoh, kita akan sampai di kaunter bayaran iaitu hari pembalasan. Di sini segala amalan kita akan dihisab, dan di sinilah tempat kita menuai hasil.



Ada segelintir manusia yang memerli apabila tidak ke surau atau melakukan banyak amalan seperti selalu ke masjid tidak dapat menjamin kemasukan seseorang ke dalam syurga. Memang benar, tetapi itu merupakan usaha kita. 






Semuanya dengan rahmat ALLAH
Di kaunter bayaran, urus niaga terakhir dengan Allah akan dijalankan dengan menggunakan mata wang dosa atau pahala. Ia merupakan tiket ke destinasi seterusnya. Buku amalan akan diterima sama ada dengan tangan kanan ataupun tangan kiri. Destinasi seterusnya syurga atau neraka. Semakin banyak amalan, semakin berat timbangan. InsyaAllah syurga destinasinya.

Timbangan Kita

Tetapi jika berat timbangan dosanya daripada pahala, nerakalah destianasinya. Hanya Allah yang tahu.

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML