Sunday, December 14, 2014

NAK LEPASKAN RINDU



Pernah tak hati terasa rindu dengan seseorang? 
Terasa rindu sampai boleh menitis air mata 
Rindu yang tidak boleh digambarkan dan hanya boleh dilakarkan dengan bermadah 

Ada suatu cerita... 

Pada suatu hari, berlaku perbualan antara Abu Bakar As Siddiq dengan Rasullulah s.a.w dan ketika itu terdapat sahabat-sahabat yang lain bersama dengan mereka. 
Rasullulah s.a.w berkata kepada Abu Bakar As Siddiq:
" wahai Abu Bakar, aku begitu merindui kepada saudara-saudaraku (ikhwan)."  
Jawab Abu Bakar:
" wahai Rasullulah, bukankah kami ini adalah teman-temanmu ?" 
Baginda s.a.w. pun menjawab:
" Bukan , kamu adalah sahabat-sahabatku. ikhwan adalah mereka yang tetep beriman kepadaku walaupun mereka tidak pernah bertemu denganku, mereka mencintaiku lebih dari mencintai diri mereka sendiri walaupun tidak pernah bersua denganku." "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," 
jelas Rasulullah. 
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," 
ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. 

Ya Allah.... 
Hancur luluh hati menghayati kata-kata Rasulullah SAW, apatah lagi mendengarnya! 
Tak tahu kenapa air mata mengalir laju tanpa disedari bila membaca ungkapan indah Rasulullah SAW 

Begitu besar kerinduan Rasulullah terhadap kita, sehinggakan apabila Baginda hampir wafat  masih mengingati ummatnya... 
ummati...ummati..ummati... 
begitu besar kasih sayang Rasulullah terhadap kita..tapi kita? 

Apakah rindu kita pada Rasulullah seperti rindunya Rasulullah kepada kita? 
Rasanya hanya rindu bayangan. 
Hilang bayang, hilanglah rindu. 

Astaghfirullah... betapa kerdilnya aku. Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah 
Hati ini berdoa.. 

Ya Allah Semuga dianugerahkan perasaan rindu itu kepadaMu 
Ya Allah dan kepada kekasihMu dengan sebenar-benar rindu, bukan rindu kepada manusia yang masih tidak halal bagi kami. 

Sahabat, 

Kitalah ikhwan yang dimaksudkan oleh Rasullulah SAW, sebelum kita sempat mengenal dunia lagi Baginda telah lama merindui diri kita. 
Kita bukanlah sahabat yang bersama dengan Baginda dahulu, namun kita adalah IKHWAN yang dirindui Rasullulah SAW 

Apakah kita merinduinya? 
Ya Allah, mudah-mudahan kami semua tergolong dalam golongan bertqwa. Ameen... 

Cuba hayati lirik lagu ini. Pertama kali aku dengar dalam lap top adik memang menyentap jantung yang berdegup normal. Nak nangis je bila dengar...Syahdu lagi kalau dengar tengah-tengah malam 



Pada tangisan atau jua pada air mata 
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya 
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku 
Hadir dari hati yang di himpit perasaan 
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah 
Walau kita tak pernah bersua 
Mengalir mutiara suci di pipi ku 
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu 

Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung 
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah 

Ku harapkan rahmat Allah Ku harapkan syafaat mu 
Agar bisaku bersama mu Oh Rasulullah.. 
Ku baca sirah mu 
Ku hayati kata-kata mu 
Betapa indah akhlak mu 
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat 
Ku andaikan diriku 
Berada disisi mu 
Namun ku langsung terpana 
Betapa hinanya aku disamping mu 
Aku yang banyak berdosa 
Mengharap maghfirah Allah 
Aku malu pada mu 
Duhai Rasulullah 
Lukisan rindu pada mu 
Penuh berwarna Ya Rasulullah….. 
Ya Allah….. Tajuk Nasyid : Lukisan Rindu Artis : Are-Buddy Album : Kalimah Warisan 


BAGAIMANA MENCINTAI RASULULLAH LEBIH DARIPADA IBU BAPA? 

1.  Jika ada terasa rindu pada Rasalullah saw maka berbanyakkanlah selawat keatasnya setiap hari terutamanya hari jumaat 
2.  Dan selawat yang makbul ketika menyahut azan semasa ucapan Asyhadu anna MuhammadarRasulillah, maka mengadah tangan sambil menyahut sambungan kalimah tadi dengan ayat; 

Marhaban Ya Habibi Ya Qurratul'ain Ya Rasulullah

Kemudian tiup dan hembuskan di telapak tangan kemudian disapukan kedua mata. Insya Allah jika Allah izinkan nescaya kita dapat berjumpa Rasulillah SAW di dalam mimpi kita dan membaca selawat setelah azan. Sebab Syaitan tidak boleh menyerupai rupa Rasulillah SAW. 

Alangkah bahagianya orang yang dapat bertemu kekasih hatinya Rasulillah saw..Doanya selalu bertawassul dengan Baginda yang mulia. Tetapi dengan syarat hati kita mesti selalu dibersihkan dengan berbanyak baik sangka, mulut dan lidah selaLu di basahi dengan Zikrullah, serta ayat-ayat Allah swt selalu menjadi peringatan dan ajaran yang membimbingnya ke jalan yang benar 

Ilmu bermenfaat untuk dirinya dan bermanfaat kepada orang lain jua. Dihiasi dengan akhlaq dan budi pekerti mulia yang sama seperti  Baginda Rasulillah saw. Masya Allah. 

3.  Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, iaitu sumber kedua selepas Al-quran. Ada 7 yang utama : (sumber)  
(1) Tahajjud : kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  
(2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari:  Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya   mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.   
(3) Solat berjemaah terutama di waktu suboh : Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke  masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.   
(4) Jaga shalat Dhuha : kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.   
(5) Jaga sedekah setiap hari : Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.   
(6) Jaga wudhu terus menerus : kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.  Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.   
(7) Amalkan istighfar setiap saat : Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan. 

Zikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.  
“Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan dan maksiat hati dapat dijauhi. 

Mengenal Rasulullah, adalah kekayaan yang tak ternilai harganya bagi kita. Rasulullah dicipta oleh Allah untuk menjadi tauladan. Diamnya, pembicaraannya, tindakan-tindakannya, dari ujung rambut sampai pangkal kakinya, semuanya adalah pelajaran dan menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Keseluruhannya adalah amat berharga dan pembawa jalan keselamatan bagi yang mengikutinya. 

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri - Nabi Muhammad SAW 

Moga-moga dapat berjumpa Rasulullah S.A.W walau di dalam mimpi dan insyaAllah di akhirat sana kita semua mendapat syafaatnya.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML