Sedar atau tidak masa adalah harta yang paling berharga kerana ia tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Orang terkaya di dunia juga tak mampu untuk membeli masa walau seminit. Tepat sekali ayat Al-Quran yang menyatakan manusia yang tidak memanfaatkan masanya adalah orang yang di dalam kerugian.
Banyaknya agenda yang perlu dilangsaikan oleh seorang mukmin, sehingga as-syahid Hassan al-Banna menuturkan "kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada".
Hairan juga dengan sebilangan teman-teman yang merungut kerana KEBOSANAN,tidak tahu apa yang harus dibuat pada waktu-waktu tertentu, sehingga memilih SEMBANG KOSONG-TIDUR-TONTON DRAMA-LEPAK sebagai mengisi ruang kelapangan mereka.
Ini akibatnya hidup dengan tujuan diri sendiri. Saya cadangkan untuk anda dalami peranan muslim sebagai seorang anggota ummah.
Belajar untuk menyumbang. Hidup anda tentu lebih berharga jika ada nilai di sisi Allah
Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain).Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
surah al insyirah : ayat 7 dan 8
Apabila masa digunakan untuk perjuangan Islam. Masa diirasakan berlalu dengan penuh manfaat kerana ikhlas dilakukan kerana Allah, namun apabila masa dipersia-siakan, rasanya sejam, sehari amat cepat berlalu tanpa disedari .Oleh itu, sama sama kita berusaha mengoptimumkan masa yang dikurniakan oleh Allah ke jalan yang di redhaiNya
Muhasabahlah masa yang terluang dan terbuang. Alangkah ruginya tidak dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin..Demi masa, sememangnya manusia benar-benar dalam kerugian!
Semoga dikurniakan ilham dan idea mencurah serta kelapangan masa untuk terus menulis demi dimanfaatkan ummah
No comments:
Post a Comment