Baru-baru ini hangat diperkatakan di social media berkenaan satu acara bernama “I Want Touch Dog” yang mana mempelawa orang ramai dari kalangan bukan Islam dan Islam untuk menyentuh anjing di Central Park, Bandar Utama. Apa yang lagi menarik, penganjur acara ini adalah orang Islam iaitu Syed Azmi.
Penganjur yang mendapat kebenaran dari MAIS ini bagaimanapun menjelaskan yang mereka hanya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan bagaimana mahu berhadapan dengan anjing serta bagaimana untuk menyucikan diri dengan cara yang betul. Dalam acara, kakitangan acara akan menunjukkan demo bagaimana untuk menyertu najis haiwan berkenaan dengan cara dan kaedah yang betul.
Penganjur yang mendapat kebenaran dari MAIS ini bagaimanapun menjelaskan yang mereka hanya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan bagaimana mahu berhadapan dengan anjing serta bagaimana untuk menyucikan diri dengan cara yang betul. Dalam acara, kakitangan acara akan menunjukkan demo bagaimana untuk menyertu najis haiwan berkenaan dengan cara dan kaedah yang betul.
Walaubagaimanapun, ini mengundang kemarahan umat islam, malahan ada yang menghina dan mencela tindakan penganjur menganjurkan acara ini. Antara reaksi yang berkenaan adalah seperti berikut;
Banyak lagi reaksi dari orang ramai mengenai isu sentuh anjing ni, tak larat limi nak senaraikan disini. Tak termasuk lagi yang troll di facebook, twitter dan laman sosial yang lain. Apa pun, benda berkaitan dengan hukum-hakam ni, biarlah alim-ulama yang putuskan, dan kita ikutlah apa yang alim-ulama cakap.
Ini pula komen dari Ustad Kazim Elias di laman facebooknya;
Terbaca, ada ulama menyebut ada satu sahaja anjing di dalam dunia ini yang suci iaitu anjing Ashabul Kahfi.
Ini disebutkan di dalam kitab Hasyiah Bujairmi a'la al-Iqna' dan lain-lain kitab.
Ini bermaksud : Anjing-anjing lain tetap dikira najis.
Mazhab Al-Imam Abu Hanifah, mazhab al-Syafie dan mazhab Hanbali sepakat
mengatakan bahawa anjing itu najis. Cuma mazhab Abu Hanifah berbeza
pada cara basuhan bilamana terkena anjing iaitu dengan membasuh sekali
sahaja dengan air mutlak tanpa menggunakan tanah.
Mazhab Maliki mengatakan bahawa anjing itu suci. Cuma bila terkena jilatan anjing , wajib dibasuh dengan 7 kali basuhan salah satunya dengan air tanah.
Tiga mazhab mengatakan najis , satu sahaja mengatakan suci. Tetapi yang suka popular di bumi Malaysia tetap akan memilih melakukan perkara yang pelik.
P/S: Tidak boleh memegang anjing bukan bermaksud kita akan menzalimi anjing. Sebaliknya dengan memegang anjinglah akan menyebabkan kamu menzalimi dirimu sendiri.
Bukankah maksud zalim itu adalah ' meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya'. Tangan diletakkan pada bukan tempat yang sepatutnya maka itulah zalim sebenarnya.
Mazhab Maliki mengatakan bahawa anjing itu suci. Cuma bila terkena jilatan anjing , wajib dibasuh dengan 7 kali basuhan salah satunya dengan air tanah.
Tiga mazhab mengatakan najis , satu sahaja mengatakan suci. Tetapi yang suka popular di bumi Malaysia tetap akan memilih melakukan perkara yang pelik.
P/S: Tidak boleh memegang anjing bukan bermaksud kita akan menzalimi anjing. Sebaliknya dengan memegang anjinglah akan menyebabkan kamu menzalimi dirimu sendiri.
Bukankah maksud zalim itu adalah ' meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya'. Tangan diletakkan pada bukan tempat yang sepatutnya maka itulah zalim sebenarnya.
Singa suci. Buaya juga suci. Kedua-dua ini ditakuti oleh semua. Lebih
baik buat program " I want To Touch A Lion and Crocodile".
Isu sentuh anjing akhirnya selesai.
1. JAKIM dah bersuara bantah.
Isu sentuh anjing akhirnya selesai.
2. Mufti pun ada yang dah bersuara bantah.
3. Ustaz-ustaz pun sudah bersuara bantah.
4. Ustaz bertauliah dalam event tu sendiri pun sudah bersuara tidak setuju dengan peluk, cium anjing tanpa sebab.
Kalau nasihat dari ustaz yang hadir dalam event tu pun pihak penganjur dan peserta tak dengar, kenapa kita nak dengar lak suruhan event mereka?
Islam dah lama ajar jangan menyakiti, menzalimi binatang atau manusia. Islam dh lama ajar nilai kasih sayang. Islam dah lama ajar segala nilai yang baik. Tidak ada prejudis dalam Islam.
Islam itu mudah. Tapi, bukan semudah yang kita sangkakan. Bukan mudah-mudah hingga buat event undang fitnah.
Jangan kita bermudah-mudah dengan hukum-hakam hanya kerana Islam itu mudah.
Dalam kita sibuk isu pegang anjing. Jangan lupa kita umat Islam kena pegang pada janji. Bila namanya Islam, kita dah janji dengan Allah takkan tinggal solat. Dah janji dengan Allah akan tutup aurat.
Kenapa tak pegang pada janji kita?
Hikmah Larangan Jadikan Anjing Haiwan Peliharaan
Saya tak mahu komen panjang mengenai program ‘I Want To Touch A Dog’ yang heboh beberapa hari ini. Cukup secara ringkas:
Persepsi orang Melayu terhadap anjing memang perlu diperbetulkan.
Namun jangan sampai melampaui batas hingga bermesra dengan anjing dan buat program khas untuk bermesra dengan anjing. Dan saya rasa program tersebut bukanlah itu tujuan asalnya. Tetapi mungkin ada peserta yang lebih-lebih aksinya. Cuma lain kali program-program pelik begini perlu difikiri fitnah dan kesannya walaupun mungkin niat asal penganjur adalah baik. Kerana mencegah dari timbulnya fitnah itu adalah lebih utama.
Hukum-hukum Islam berkaitan anjing mesti dipatuhi. Ia tanda ta`abbudi kita kepada ALLAH. Adapun soal ikhtilaf di kalangan para ulama, hendaklah kita berlapang dada dan pertimbangkan dengan `uruf yakni mengikut kesesuaian amalan masyarakat dan faktor sekeliling.
In shaa’ ALLAH, ada hikmah dan pengajaran buat semua atas apa yang telah berlaku.
Di dalam tulisan ini, saya ingin berkongsi sebuah video dokumentari yang mana ia mungkin boleh memberikan manfaat iman buat kita, in shaa’ ALLAH. Video ini melaporkan bahawa perbuatan bermesra atau rapat dengan anjing boleh mendatangkan mudharat yang besar kepada pelakunya samada manusia atau haiwan.
Hal ini mengingatkan kita semua akan hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang melarang kita dari memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet), tetapi membenarkan kita memanfaatkan anjing sebagai penjaga ternakan, tanaman dan memburu. Maksud hadith:
“Barangsiapa memelihara anjing -kecuali anjing penjaga ternak, anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman-pahalanya akan dikurangi satu qirath setiap hari.”
(Muttafaq `Alaihi)
Memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan tentunya akan membuatkan kita bergaul dengan anjing dengan bebas dan mesra. Dan ini berkemungkinan mendatangkan padah.
Cuba tuan/puan tonton video ini:
Sebenarnya maklumat ini adalah baharu bagi saya. Kelmarin saya terbaca tulisan Dr Abdullah Yasin di Facebooknya yang menyentuh hal yang sama. Beliau menasihati kita semua dengan nasihat-nasihat agama mengenai isu bermesra dengan anjing yang heboh diperkatakan lalu menyelitkan fakta saintifik berkaitannya, iaitu:
Adapun jika bahaya memeluk anjing ditinjau dari sudut sains pula, ini jawapannya : Sebanyak 79.7 % penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing, seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktibiti perawatan anjing. Statistik pengidap kanser di Norway adalah 53.3 % daripada 14,401 pemilik anjing. Ternyata kanser pada anjing dan manusia adalah disebabkan oleh virus yang sama iaitu MTV (Mammary Tumor Virus) – Dinukil dari makalah dalam internet – Wallahu ‘Alam.
Berikut nasihat penuh beliau
Sedikit penceraan tentang issu ” I want to touch a dog “.
Anjing berhak hidup aman di bumi Allah dan haram hukumnya dizalimi. Adalah pendidikan yang salah jika kepada anak-anak ditanam budaya “jika jumpa anjing hendaklah dibaling dengan kayu atau batu”. Apa salahnya anjing sampai diperlakukan demikian ? Bukankah dia juga makhluk Allah yang berhak hidup dengan aman, kecuali jika anjing itu jahat dan cuba menggigit.
Namun demikian, Islam telah menetapkan beberapa ketentuan yang berkaitan dengan anjing berbeza dengan binatang lain. Selaku umat Islam yang bermazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang rujukan utamanya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga rujukan tambahannya Ijma’ dan Qiyas, maka kita mempunyai pegangan tersendiri dalam bab anjing ini. Walaupun para Fuqaha’ berbeza pendapat dalam beberapa issu, namun Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafi’i dalam bab Fekah juga perlu diambil kira.
Dalam Al-Quran disebut beberapa kali berkaitan dengan faedah anjing. Khidmat anjing boleh dipergunakan untuk berburu dan tangkapannya boleh dimakan. Hadis juga tidak melarang menggunakan khidmatnya untuk mengawal ternakan dan tanaman atau sebagai penjaga kawasan dari penceroboh atau mengesan penjenayah dan menghidu barangan larangan seperti dadah.
Tetapi jika dilihat dari sisi lain, sungguh banyak isyarat di dalam hadis-hadis Nabi SAW yang sahih tentang bahaya yang bakal menimpa agama seseorang jika bermesra dengan anjing. Ia bukan binatang untuk dibelai seperti kucing. Di antara isyarat-isyarat itu adalah :
Air liur anjing adalah najis berat (mughallazah) mesti disuci dengan tujuh kali siraman yang pertama dengan air bercampur tanah ; Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing ; Anjing hitam pekat adalah syaitan ; Siapa memelihara anjing tanpa sebab yang dibenarkan, maka setiap hari pahala amalanya akan dikurangi oleh Allah satu qirat yakni sebesar Bukit Uhud ; Semua hadis ini dapat dipertanggungjawapkan kesahihannya.
Adapun jika bahaya memeluk anjing ditinjau dari sudut sains pula, ini jawapannya : Sebanyak 79.7 % penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing, seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktibiti perawatan anjing. Statistik pengidap kanser di Norway adalah 53.3 % daripada 14,401 pemilik anjing. Ternyata kanser pada anjing dan manusia adalah disebabkan oleh virus yang sama iaitu MTV (Mammary Tumor Virus) – Dinukil dari makalah dalam internet – Wallahu ‘Alam.
Kesimpulan : Para sahabat sungguh patuh dengan panduan Nabi SAW walaupun ketika itu tiada penemuan para saintis seperti hari ini tentang bahaya anjing. Umat Islam yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya yakin setiap ketetapan agama pasti ada rahasianya. Oleh itu, mereka pasti akan menjauhi anjing, bukan justeru mendekatinya malahan bangga dapat memeluknya. Hukum Islam jangan ditetapkan semata-mata dengan akal, logita atau rasional. Inilah ciri-ciri utama Mazhab Mu’tazilah yang hari ini lebih dikenal dengan istilah Liberalisma, Pluralisma atau Golongan Anti Hadis. Na’uudzu Billahi Min Dzaalik.
Video dan fakta saintifik yang dikemukakan di atas cumalah secebis dari banyak hikmah yang ada. Ia cuma suatu kebetulan atau yang terlarat manusia kaji dan jumpa. Mungkin di sana ada banyak lagi sebab dan hikmah yang sebenar yang belum ditemui oleh manusia. ALLAH Maha Luas IlmuNYA.
Sebenarnya kita tidak memerlukan fakta-fakta saintifik untuk kita percaya apa yang disuruh ALLAH dan RasulNYA. Cukup dengan apa telah disampaikan kepada kita melalui ayat-ayat Al-Quran dan melalui hadith-hadith sahih dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, lalu kita berpegang dan berjalan di atasnya. Soal sebab dan hikmah pastinya untuk kebaikan kita semua.
Mudah-mudahan perkongsian video dan fakta saintis di atas dapat menyegarkan dan menambahkan iman kita kepada kata-kata ALLAH dan RasulNYA. Selepas ini, jangan ditanya lagi kenapa dan apa hikmahnya, apa yang disuruh dan dilarang ALLAH dan RasulNYA terus dipegang dan diimani sungguh-sungguh.
Yang disuruh, kita buat. Yang dilarang, kita tinggal. Fullstop!
Semoga ALLAH pelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
No comments:
Post a Comment