Monday, October 20, 2014

LET''S HANDLE A BREAK-UP WITH "IMAN"



Putus cinta. Saya pun pernah.

Well, saya tak suka berlagak lelaki suci tak pernah couple, tak pernah jatuh cinta. Kemudian canang di fb, "kami tak pernah couple sebelum nikah" sambil letak gambar-gambar baru kahwin konon bahagia sweet bagai.

Bila putus cinta, bila pasangan kita diambil orang, pilih orang lain, tunang dengan orang lain dan sebagainya, memang akan frust. Frust sebab dah sayang. Frust sebab dah letak harapan tinggi menggunung. Frust sebab dah tunggu lama.

Tahap frust tu pula teruk atau tidak bergantung pada banyak mana hang sayang orang tu. Makin banyak kenangan dan memori, makin teruk.

Rasa cinta sebelum nikah tu tak hina. Perbuatan couple saja yang hina.

Sebab pernah mengalami sedih frust, jadi sukalah saya kongsikan cara untuk mengatasi keferasan anda itu. Terutamanya adik-adik yang baru kenal dunia ni. Orang tua bangka macam saya pun boleh ikut:-

1. Frust lalu layan lagu-lagu jiwang. Memang takkan hilang frust tu. Jadi makin teruk jiwa saja.



2. Frust layan lagu-lagu yang ala-ala marah, benci, sakit hati. Pun tak hilang frust tu. Jangan ada benci. Dalam Islam, walaupun orang tu salah pada kita, kita maafkan saja. Sabar.

3. JANGAN cari pengganti segera untuk hilangkan duka. Ni tak betul. Jangan peralatkan orang lain sebab kamu yang sedih. Orang lain tu tak bersalah pun. Minta nasihat dan kata-kata semangat, boleh. Tapi, jangan permainkan hati dia. Carilah pengganti bila duka lara dah tiada.



4. Menangis. Kadang-kadang menangis berhasil kurangkan. Tapi, tidak sepenuhnya.



5. Solat. Mula-mula, susah juga. Tapi, paksakan diri, bila teringat saja pada si dia, pergilah solat. Kalau dah solat fardhu, solatlah taubat. Bila teringat lagi, solat taubat lagi. Solat dan doa dah satu pakej. Di setiap sujud, doalah sepenuh hati. Doa sungguh-sungguh moga Allah tenangkan hati. Ampunkan dosa-dosa ketika bersama. Doa biar Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kita selalu merasa orang yang kita pilih tu adalah yang terbaik. Mungkin sebab dia cantik atau hensem saja. Itulah silapnya. Terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah.



Kalau tak solat langsung, frust tu akan jadi tahap sakit jiwa. Susah nak diubati kalau dah frust tahap kronik. Frust lagi, tak solat pula.

6. Menangis dalam solat. Memang terbaik. Mengadulah sepuas hati dengan tangisan. Menangis tanpa solat (nombor 4 tadi) tak berkesan sangat. Bersolat dan menangis, memang berkesan. Hati boleh rasa lega sikit.



7. Bila teringat teruk, buka al-Quran. Baca dan baca. Baca sampai jumpa hidayah melalui Al-Quran tu. Saya pernah cuba waktu tengah frust gila-gila, memang dengan membaca Al-Quran, boleh mengurangkan perasaan berkecamuk dalam hati. Lepas baca, insya-Allah leganya lain macam. Habiskanlah satu juz sehari kalau boleh. Makin banyak baca, makin baik. Bila teringat juga, selawat pada Nabi s.a.w. Istighfarlah banyak-banyak.



8. Muhasabah diri banyak-banyak. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah uji, bila kita tak ingat pada Dia. Kita asyik duk layan kekasih kita. Allah murka, Allah duga. Supaya kamu balik semula pada Dia. Nak kamu sujud balik. Mungkin dah lama tak sujud dengan ikhlas pada Allah. Solat malam pun tak pernah. Tahajjud setahun dua sekali. Cuba fikir baik-baik, masa bercinta tu solat kita tu makin sempurna ataupun buat sambil lewa? Solat dan kekasih mana lagi penting? Check balik semua.

9. Kalau pasangan dah confirm jadi tunang orang, suami isteri orang, buang saja semua benda yang berkaitan dengan dia. Delete no.telefon, block ke apa ke, hadiah2 semua buang saja. Gambar dan video delete saja. Jangan tinggal satu kenangan pun.

10. Banyakkan peluk cium dan salam tangan mak ayah. Minta mereka doakan supaya hati tu tenang dan akhirnya berjumpa dengan jodoh yang terbaik. Jangan main-main doa mak ayah. Power tu.

Last sekali, ingatlah hati tu Allah punya. Begitu juga pasangan. Hadiah dari Dia. Jangan kita utamakan hadiah berbanding Pemberi Hadiah.



Tak ada satu pun milik kita sebenarnya. Bila-bila masa saja Dia boleh ambil semula.

Yang tersimpul mati pun boleh terlerai, yang dalam genggaman pun boleh terlepas.

Semua atas kehendak Dia.

Fokuskan hati banyak kepada Allah.

Insya-Allah hati lebih tenang.

Bahagia di dunia, terpalit luka, bersifat sementara.

Bahagia di akhirat, itu selamanya.



No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML