Friday, July 11, 2014

KISAH SUAMI ISTERI I - BANGUN TAHAJJUD


Suatu malam, si suami mengejutkan isterinya. Isterinya pelik. Suaminya tak pernah kejutkan bangun tahajjud sejak setahun nikah.

Suami: "Saya cuma nak ajak awak solat sunat 2 rakaat sahaja."

Isteri: "Kenapa baru kini?"

Suami: "Saya tak mahu tarbiyyah tu hangat membara di awal-awal pernikahan saja. Orang baru nikah, indah belaka. Semangat apa saja sebab masing-masing nak show yang terbaik pada pasangan. Saya bimbang nanti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Semangat di awal-awal nikah saja, lama-lama nanti malas."

Isteri: "Baiklah. Tapi kenapa solat sunat 2 rakaat sahaja? Enough ke?"

Suami: "Cukuplah buat permulaan.

Saidatina Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w. biasa mengerjakan solat malam iaitu tahajjud sementara aku tidur melintang di hadapan Baginda. Bila Baginda ingin mengerjakan solat witir, Baginda akan mengejutkan aku." (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 512)

Bilangan rakaat solat witir pula tidaklah banyak. Mungkin 1 rakaat, 3 rakaat, atau 7 rakaat dan seterusnya. Bilangan ganjil. Bererti, tidaklah mahu membebankan pasangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Apabila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), dia akan memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1113)

Isteri: (senyum). "Kalau gitu, ayuh imamkan saya."

Suami: (senyum). "Sikit-sikit, tapi istiqamah. Itu lebih baik."

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML