Teringat kali pertama pergi solat Jumaat di masjid. Masa tu darjah 2 kalau tak silap.
Punyalah nervous tengok ramai orang di masjid. Ayah masuk masjid terus melangkah ke saf depan ruang dalam masjid. Tinggal aku sorang-sorang tengok saf yang rata-rata dah penuh. Saf belakang lagi cepat penuh dari saf depan. Hairan juga aku masa tu. Tabiat aku masa kecik-kecik dulu, garu kepala kalau dah ketaq sangat nak hadapi something.
Dalam terkebil-kebil nak pilih saf tu, kaki melangkah duduk bahagian depan sikit dari belakang. Tengah la kot. Duduk bersila sopan. Tengok orang depan, tengok orang sebelah.
Dalam kepala, "Aku kena tiru apa yang orang lain buat, barulah orang tak kata aku jakun masuk masjid."
First, tengok orang bersalaman dengan orang sebelah. Okay, kacang je ni. Aku pun hulurkan tangan salam dengan orang kiri dan kanan. Sengih-sengih.
Kemudian, aku tengok orang solat 2 rakaat. Tertanya-tanya sendiri. Solat apa ni 2 rakaat ni. Dalam hati berkecamuk antara nak tiru ke atau tak tiru. Kalau tak buat kang, tak anak jantan lak. Tak gentleman la.
Okay, akhirnya hati dan otak mencapai kata sepakat, sebulat suara nak copy and paste. Dengan konfidennya aku yang sedang duduk tadi, berdiri tegak di tengah-tengah ramai. Masa tu orang tengah duduk. Ada la sorang dua tengah solat.
Perlahan-perlahan aku angkat takbir. Rakaat pertama, beres. Rakaat kedua sampai ke rukuk. Dalam rukuk tu tiba-tiba terfikir, "Solat ni macam solat Subuh ke? Nampak 2 rakaat tadi orang lain solat." Lama pullak aku berfikir-fikir dalam rukuk tu. Sambil rukuk tu jeling2 orang kat sebelah takut dia perasan aku tengah fikir something. Dia tengok plak. Cepat-cepat aku cover tunjuk khusyuk.
Aku pun bangun dari rukuk. "Ok, confirm. Tak salah lagi."
Dengan yakinnya, aku pun angkat kedua-dua tangan tinggi-tinggi. Baca Qunut. "Allahummahdini fiman hadait........sampai habis."
Aku tengok orang kat sebelah macam terkejut. Bulat mata dia. Bangga aku. Pasti dia bangga budak umur macam aku boleh buat apa yang orang dewasa buat.
Setel solat, aku pun bersalaman sekali lagi dengan orang sebelah. Datang je tabung roda masjid, aku masukkan 20 sen. Ah, stail betul aku rasa masa tu.
Selesai solat Jumaat. Aku pun balik rumah. Then, minggu depan tu ada kelas Fardhu Ain kat sekolah. Ada ustaz ajar bab solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat 2 rakaat tu.
Masa tu barulah mata aku plak yang membulat. Garu kepala laju-laju. Sengih-sengih menampakkan dua gigi depan aku yang berterabur patah entah ke mana masa tu.
Ustaz kata,
"SOLAT SUNAT 2 RAKAAT TU MANA ADA QUNUT MACAM SOLAT SUBUH!"
Arghhhhhhh~
cerita benor

No comments:
Post a Comment