Sunday, June 22, 2014

RAMADHAN TIBA..RAMADHAN TIBA..


Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
~ ~ ~

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak.
...
Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah hampir tiba BEBERAPA HARI JE LAGI. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para Sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah. Bila datang bulan Ramadhan mesti teringat lagu Opick, "Ramadhan tiba"

What comes into your mind when you first hear the word 'Ramadhan'?

Bagi sesiapa yang duduk di asrama, mesti banyak kisah bulan Ramadhan yang pastinya menggamit memori. Me too! Hampir 10 tahun duduk asrama, memang banyaklah peristiwa bulan Ramadhan. Solat terawih, qiam, berbuka bersama, pergi bazaar Ramadhan, jadual hidang makanan untuk berbuka, berbuka kat luar dan sebagainya.

Antara yang tak boleh lupa. Masa tingkatan dua, waktu tu menu berbuka puasa adalah sambal ikan bilis. Saya pun ok je. Tapi bila datang waktu berbuka, makan, sejukkk, macam baru keluar dari peti ais. Erk, tak nak menghina makanan pun, nak cerita je -___-'

Lepas tu ikan bilis dia jenis yang besar, rasa macam makan ikan mentah. huhu, since then memang saya avoid untuk makan ikan bilis yang tak digoreng. Tak sanggup dah. Memang tak makan juga roti Gardenia ikan bilis tu.

Apa lagi ye memori? Haha, murtabak dan roti john memang sangat terkenal dalam kalangan budak asrama. Kalau ada sesiapa yang keluar ke bazaar, memang ramai giler nak tempah. haha.

Malam ada solat terawih, jadi prep akan dilewatkan sedikit. Time solat terawih, huhu, jangan diungkit, mana-mana imam yang baca panjang sikit je, mesti tak disenangi oleh para makmum. Kah kah kah, sebenarnya ada peristiwa lagi berkenaan solat terawih tapi tak boleh cerita dekat public. Tapi tu dulu. Sekarang alhamdulillah, dah makin besar, makin faham makna Al-Quran dalam diri. :)

Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Ramadhan kali ni. Entah sempat atau tidak ye? Entah dapat menghabiskannya atau tidak ye?

QIAM
Seronok sebenarnya qiam ni. Rasa tenang. Rasa rindu. Rasa bahagia. Waktu Ramadhan ni la ada malam lailatul qadr. Jangan lupa rebut ye! Kalau di asrama dulu, senangnya nak bangun qiam. Ada kawan-kawan. Waktu pagi sebelum subuh, bacaan Al-Quran akan berkumandang dari surau, jadi semua akan bangun. Kalau di UniMAP pula, ada banyak program boleh join untuk qiam. Tidur di masjid salah satunya. Mempunyai sahabat-sahabat. Seronoknya. Tapi sedih. Bagaimana nasib Ramadhan kali ini? Berada di rumah. Ya Allah, banyak sungguh dugaan di rumah...


Semoga Allah terus memilih kita untuk mengimarahkan malam-malam Ramadhan nanti dengan beribadat kepadanya.

Terlalu banyak ganjaran yang bakal diperoleh dalam bulan Ramadhan. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Mari kita rebut sama-sama ya? InsyaAllah.

KLIK UNTUK SAIZ ASAL

 ITU SEMUA DULU....

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:

1. BerPuasa tetapi Tidak Solat

? Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat.

? Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat.

? Ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya

solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak Menjaga Batas-batas Agama

? Aurat: Lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak berrtudung.


3. Menghabiskan Masa dengan Menonton TV, Video dan internet.

4. Merebut Peluang mencari Duit dengan Berniaga tapi Meninggalkan peluang mendapat Pahala Berganda-ganda

5. Semakin Cepat Marah

? Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir Ketika Berbuka Puasa

? Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak Mengeluarkan Zakat Fitrah

8. Membiarkan/Menggalakkan anak-anak Bermain Mercun

? Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di Masjid/Surau yang berdekatan.


? Sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya Puasa Makan dan Minum sahaja.

? Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga  dan yang lainnya.

? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum."(Hadis riwayat Al-Bukhari).

10. Tanpa Persediaan Mental dan Emosi tentang Matlamat, Kelebihan dan Kedudukan Puasa Ramadhan

? Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

? "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43).

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya."

(Muttafaq Alaih).

11. Menang Sorak, Tarawih Ala Kadar

? Solat secara ekspress.

? Melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya: "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih).

? Silap bacaan Selawat.

? Tidak Istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja.

? Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu Bersahur

? "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

? Abu Hurairah r.a. berkata, "Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma."

(Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.)


 HAYATI NASYID INI



Harapan Ramadhan – Raihan ft Man Bai
 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML