Wednesday, June 18, 2014

DOA ARWAH UNTUK IBU

Tiada pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang berterusan dari anak-anak. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Berikut adalah doa untuk arwah ibu. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang ibunya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu:

klik untuk besarkan


Doa seorang anak soleh kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh.” (Hadis riwayat Muslim)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML