Thursday, May 22, 2014

SELAMATKAH KITA DARI SEKSA KUBUR???

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum

Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini saya menyalin sebuah kisah seperti di bawah (rasanya ramai dah baca kisah ini) yang bila membacanya diharapkan kita semua sentiasa muhasabah diri.

Sumber Gambar : Sila Klik untuk kisah di sana jika dirasakan perlu


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, iaitu:

1. 'Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat daripadaku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas daripada aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat daripada siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya:

1. Menjaga solatnya
2. Bersedekah
3. Membaca al-Quran
4. Memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Empat perkara yang harus dijauhi ialah:

1. Berdusta
2. Mengkhianat
3. Mengadu-domba
4. Kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua daripada kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca daripada kencing." 


Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas daripada segala macam siksaan dalam kubur, walaupun dia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Kubur juga tidak memandang adakah orang itu orang miskin atau orang kaya, berkedudukan tinggi atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Munkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat kedua-dua malaikat tersebut, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."


Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak beramal dan meninggalkan larangan seperti yang dinyatakan. Ini kerana amalnya sendiri yang akan menjawabnya. Jika dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Paparan nasyid di bawah ini mungkin boleh meningkatkan rasa takut kita kepada kematian dan seterusnya kita memperbaiki amalan kita..



Mudah-mudahan kita dapat berusaha bersungguh-sungguh serta sentiasa memohon pertolongan Allah bagi setiap perkara yang akan kita lakukan.. semoga kita diringankan azab kubur.. amiin 


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML