Thursday, May 22, 2014

POKOK YANG DILAKNAT ~ MAKANAN PENGHUNI NERAKA

GAMBAR HIASAN
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Hari ini terkesan untuk mencatat tentang pokok zaqqum - makanan penghuni neraka. 

Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang pokok zaqqum. Antaranya:


37:62

37:63

37:64

37:65

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka jahim yang marak menjulang;Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; (As-Saaffaat 37: 62 - 65)

Para ualama tafsir mengaitkan huraian tentang pokok zaqqum ini sebagai pokok yang dikutuk (as-syajaratal mal'uunah) seperti yang disebut dalam ayat di bawah:


17:60

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.(al-Israa' [17] : 60)

Syeikh as-Syanqithi dalam tafsirnya menyatakan bahawa orang-orang kafir musyrik memberikan komen tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad SAW dan sebab turunnya ayat di atas. Dalam peristiwa berkenaan Allah SWT memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW pokok zaqqum dan pada ayat yang menyebutkan tentang pokok yang dilaknat; orang-orang kafir berkata: "Muhammad telah berbohong, sebab tak mungkin pokok itu boleh tumbuh di atas tanah yang gersang apatah lagi di dasar neraka". Mereka berkata demikian kerana mereka tidak melihatnya sedangkan Nabi Muhammad SAW diperlihatkan pokok itu kepada baginda.

Dalam tafsir at-Thabrani pula terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas RA tentang sebab turunnya ayat yang menyebut tentang tumbuhnya pokok zaqqum ini di dasar neraka. Abu Jahal berkata kepada para sahabat Nabi; "Sahabat kalian (yang dimaksudkan adalah Nabi SAW) ; mengetahui bahawa api neraka jahannam mampu membakar batu, kemudian dia berkata pula bahawa dalam neraka jahannam ada pokok yang tidak terbakar dalam api".

Selama tempoh turunnya wahyu, al-Quran banyak mengeluarkan kosa kata yang tak pernah didengar dan diguna oleh orang-orang Arab pada masa itu. Salah satu kosa kata itu ialah zaqqum ini. Sebahagian ulama tafsir menyatakan bahawa kosa kata ini belum pernah diketahui maksudnya sehingga pelbagai ragam reaksi oleh orang-orang Arab pada masa itu. Abu Jahal telah tersalah faham hingga menyebutkan : "Bawakan untuk kami kurma dan mentega untuk bertazaqqum". Abu Jahal membuat kata kerja daripada kata zaqqum itu. Ini boleh jadi dia ingin menghina orang-orang yang beriman pada ketika itu ataupun dia ingin menjaga kedudukannya sebagai pemuka Arab untuk menunjukkan dia seorang yang berpengetahuan.

Berasama-sama rakan-rakannya Abu Jahal akhirnya makan kurma bersama mentega dan berkata : "Apakah dengan makanan seperti ini Muhammad menakut-nakutkan kita tentang akhirat?"

Dalam riwayat yang lain menyebutkan kisah Abu Jahal itu menyebabkan turunnya ayat di bawah:










(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum;(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut;  Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)  (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! - (ad-Dukhaan [44] : 43 -50)

Ayat di atas memberitahu tentang seksaan dengan terperinci kepada orang-orang yang mendustakan tentang Hari Kebangkitan.

Ibnu 'Abbas RA berkata; "Andainya setitik sahaja daripada pokok zaqqum ini diturunkan ke bumi, ia akan memusnahkan seluruh kehidupan manusia".

Sebahagaian para mufassir pula menyatakan bahawa bila pokok zaqqum disebut sebagai pokok yang dilaknat bermaksud bahawa pokok tersebut tidak mempunyai manfaat sedikitpun. 

Selain itu ada juga berpendapat bahawa pokok zaqqum ini mempunyai banyak duri, tumbuhnya di padang pasir dan buahnya pahit serta beracun.

Demikianlah Allah SWT menjelaskan tentang makanan penghuni neraka.

GAMBAR HIASAN


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


NEGARA Arab Saudi terkenal dengan iklim dan cuaca yang panas. Maklumlah dataran Arab memang ditakdirkan Allah SWT dengan sedemikian rupa. Tetapi jangan hairan dan takjub dengan sebuah kota yang bernama Thaif. Jika di Malaysia, mungkin seperti Cameron Highlands, yang dianugerahkan dengan suhunya yang sejuk dan dingin.

Thaif adalah sebuah daerah yang lokasinya hanya 80 kilometer dari Mekah, tetapi mempunyai iklim yang sungguh berbeza dengan Mekah. Di Mekah mungkin orang ramai terbiasa dengan suhu panas sehingga melebihi 40 darjah Celsius pada umumnya. Jarak di antara Mekah dan Thaif hanyalah sejam lebih perjalanan menaiki kenderaan biasa.

Thaif terkenal sebagai pengeluar produk sayur-sayuran dan buah-buahan di Arab Saudi. Thaif diberkati Allah SWT dengan kesuburan tanahnya walaupun komposisi tanahnya yang berbatu lebih banyak. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di pasar tradisionalnya melimpah ruah dan segar.

Segala jenis buah-buahan dan sayur-sayuran berada di Thaif termasuk penghasilan buah delima yang sangat terkenal. Semua produk tersebut diedarkan di seluruh Arab Saudi dan lain-lain negara di Tanah Arab.

Untuk memasuki Thaif, diperlukan keizinan khusus dan pemeriksaan yang cukup ketat. Ini mungkin kerana di sana terdapat akademi tentera dan gedung senjata kerajaan Arab Saudi.

Thaif dikelilingi oleh pergunungan yang sekali gus mempengaruhi iklim dingin dan sejuk. Dahulunya, Thaif sekadar mengingatkan dengan kisah pengusiran baginda Nabi Muhammad SAW dan dilempar batu oleh musuhnya. Kini di daerah ini pula tumbuh subur pokok zaqqum, pokok yang dipenuhi duri tajam dan besar.

Apakah gerangan pokok zaqqum ini? Adakah ia sama dengan pokok ghorqod Yahudi? Atau apakah hikmah di sebalik pohon zaqqum yang tumbuh di Thaif dengan pokok zaqqum di neraka?

Firman Allah SWT bermaksud: Dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat (zaqqum) di dalam al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran), maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau. (al-Israa': 60)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). (as-Saaffaat: 63)

Manakala firman Allah SWY bermaksud: (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang-orang yang berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (ad-Dukhan: 43-46)

Firman Allah bermaksud: Sebenarnya ia (zaqqum) sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan. (as-Saaffaat: 64-65).

Seperti dimaklumkan, syaitan sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Syaitan mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa akan bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasai manusia.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah."

Daripada Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun daripada tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur), maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi, dan jika dia mengerjakan solat (Subuh), terbukalah yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas." Demikian bahaya yang ditimbulkan oleh syaitan.

Setitik zaqqum

Berbalik kepada pokok zaqqum, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seandainya setitik daripada zaqqum dititikkan di dunia nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?" (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dalam sunannya, kitab az-Zuhud, bab Shifat an-Nar).

Walaupun pokok zaqqum tidak sama dengan pokok ghorqod, tetapi orang-orang Yahudi sudah terkenal dan suka menanam dan memelihara pohon ghorqod dan kini telah banyak terdapat dan ditanam oleh mereka, khususnya di bumi Palestin, bahkan pohon tersebut diedarkan ke seluruh Amerika Syarikat.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pokok, lalu batu dan pohon itu berkata : Hai Muslimin, hai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pokok ghorqod, maka itu adalah daripada pokok-pokok orang Yahudi. (riwayat Muslim)

Begitu juga tanah Palestin adalah warisan umat Islam sejagat sejak zaman berzaman daripada para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah SWT.

Jalan Menuju Thaif 


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML