Saturday, May 17, 2014

ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG BERSIFAT TAKABBUR

1)  Dipalingkan dari petunjuk dan begitu sukar untuk memperolehinya.

ALLAH Ta`ala berfirman:

سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Maksudnya:

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

(Surah al-A`raf, 7:146)

2)  Akan ditutup hatinya oleh ALLAH Ta`ala.

ALLAH Ta`ala berfirman:

كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!”

(Surah al-Ghafir, 40:35)

3)  Tidak masuk Syurga.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

ٍلاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْر

“Tidak masuk Syurga sesiapa yang dalam hatinya ada sebesar dzarrah dari sifat takabbur.”

(HR Muslim dari `Abdullah bin Mas`ud radhiAllahu `anhu)

4)  Akan mendapat azab.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda bahawa ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

ُاَلْعِزُّ اِزَارِي وَالْكِبْرِيَاءُ رِدَاءِي, فَمَنْ نَازَعَنِي شَيْئًا مِنْهَا ُعَذَّبْتُه

“Kemuliaan itu adalah pakaianKU dan kesombongan itu adalah selendangKU.  Barangsiapa yang memakai sesuatu darinya, maka AKU akan menyeksanya.”

(HR Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu)

5)  Akan mendapat kehinaan dan kerendahan.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َيَحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْم الْقِيَامَةِ اَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ, يَغْشَاهُمُ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ, فَيُسَاقُون َاِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ, تَعْلُوهُمْ نَارُ الْاَنْيَارِ, يُسْقُونَ مِنْ عُصَارَةِ اَهْلِ النَّارِ طِينَة ِالْخَبَال

“Pada Hari Kiamat, orang-orang yang takabbur akan dikumpulkan laksana semut-semut kecil dalam bentuk lelaki.  Kehinaan mengelilingi mereka dari setiap tempat, lalu mereka dibawa menuju sebuah penjara di dalam neraka Jahannam yang bernama Bulas, api yang sangat panas mengepung mereka, mereka diberi minum dari cairan (keringat, nanah) penghuni neraka, iaitu Tinatul Khabal.“

(HR at-Turmudzi, katanya hadith hasan sahih.  Dari `Amr bin Syu`aib radhiAllahu `anhu)

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML