Tuesday, April 22, 2014

SAMPAI BILA ?????

Apabila terlihat poster SHARLINIE, selalu ADIK saya bertanya:

“Tak jumpa lagi ke along? Kesian Sharlinie”.

SHARLINIE & NURIN adalah antara gadis kerdil yang telah menjadi mangsa kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia.  Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita apabila kejayaan menemui semula mangsa penculikan tipis kedengaran.  Maknanya, si bangsat dan celaka yang melakukan kezaliman dahsyat itu masih di luar sana.

Justeru, buat ayah & ibu, berhati-hatilah.  Lihat-lihatlah di mana anak kalian kini berada.  Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa.  Dan buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini khususnya.  Semua orang perlu berperanan.

Dan saya ingin bertanya:

“Sampai bila lagikah kalian ingin sedar bahawa ketentuan dan hukum ALLAH itu boleh mensejahterakan manusia??!!”.

Hayatilah & renungkanlah mesej video ini:



Hati ini sangat terguris, tertusuk tatkala menghayatinya.  Air mata tergenang lalu menitis tatkala menatapinya.  1001 macam perasaan datang bertalu tatkala memikirinya.  MARAH, KECEWA, SEDIH, BENGANG, BERSERABUT, MENDIDIH BERGEJOLAK semua ada…AGRHH!!!

Masih tak sampai lagikah seruan melaksanakan Hukum ALLAH, Tuhan yang mencipta?!!

Tak serik lagikah melihat jenayah yang bertimpa-timpa?!!

Tak nampak lagikah kehancuran yang melata?!!

Tak dengar lagikah tempikkan insan merana?!!

Wahai para pemimpin dan manusia semuanya, kembalilah kepada ALLAH & RasulNYA.  Patuhilah segala suruh & tegahNYA.  Padanya terkandung ampuh penyelesaian & formula.  Usah dicari jalan keluar permasalahan selainnya.  Addin ISLAM pasti membawa sejahtera.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami negara yang baik dan yang sentiasa mendapat keampunanMU selamanya.  Dan selamatkanlah kami semua dari bala & bencana.  Amin ya rabbal ‘alamin…

No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML