Selalunya mesti ada sahaja yang tak puas hati dengan kita, ada yang cakap belakang tentang kita, tapi kita tak pernah kacau dia. Apa salah kita sehingga ada orang nak burukkan kita?
Ya, kita tak pernah burukkan orang itu, namun, pernahkah kita memburukkan orang lain sebelum itu?
Setiap insan pasti ada kelemahan, kecacatannya tersendiri. Kita tidak mungkin menjadi manusia yang sempurna, mesti juga ada kelemahan pada diri kita.
Maka, dengan itu, apabila kita memburukkan orang lain, secara automatik, orang lain pun akan terdorong untuk menyebut keburukan kita.
Rasionalnya?
Hasan al-Basri berkata :
“Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki cacat. Setelah dia mencela orang lain, maka orang lain mula menemui cacatnya.
Aku pernah berjumpa dengan seorang yang banyak cacat celanya. Namun, kerana dia diam daripada menceritakan keburukan orang lain, maka orang pun tidak membicarakan cacat celanya.
Manakala dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Wahai orang yang beriman dengan lisannya namun keimanan itu belum masuk ke dalam hati, berhentilah daripada mengumpat orang lain dan mencari-cari keburukan mereka. Sesiapa yang mencari keburukan orang, Allah akan mencari keburukannya. Dan sesiapa yang telah dicari keburukannya oleh Allah, maka dia akan dihina di rumahnya sendiri.
(Abu Daud)
Tak cukup lagi? Nak lagi? Ok, kali ni part yang biasa kita dengar.
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah akan menutup (keburukannya) di dunia dan di akhirat.
(Muslim)
Berkat kita jaga lidah, biarpun susah tapi cubalah. Macam biasa, sebutlah Astaghfirullahila’zim. Sama-sama kita bermuhasabah diri dan berpesan-pesan di antara kita.
No comments:
Post a Comment