Imtihan
Sekarang musim imtihan (peperiksaan) bagi mereka di peringkat ipt. Ringkas sahaja pesanan, orang kata bila study di akhir waktu, memang senang ingat poin-poin untuk jawab dalam paper nanti. Tapi bila kita belajar di awal waktu dan tambah pula bacaan lain berkenaan yang kita belajar di kelas, yang tu lagi bagus. Belajar niat untuk exam semata-mata, adalah sia-sia. Ilmu tak bertambah, malah cepat pula hilang selepas exam. Tapi apabila belajar tu kita faham sampai kita boleh ajar orang lain pula, itulah baru ilmu bermanfaat. Tak sia-sia. Buat apa kamu belajar ijazah, diploma 3-4 tahun tapi bila orang tanya kamu soalan berkenaan apa yang kamu belajar, kamu tak dapat jawab sebab terlalu fokus pada soalan-soalan spot yang masuk exam je. Belajar semata-mata nak dapatkan CGPA terbaik. Boring. Tahulah semua nak kerja best.
Ada result bagus, tapi ilmu bagus gak ke? Belum tentu.
Apapun, saya tak perlu ulas lagi apa-apa doa sebelum exam. Semua orang tau. Ada berlambak doa kat dalam buku-buku di pasaran, di internet dan sebagainya. Doa ada banyak, tapi baca masa nak masuk exam je. Manusia memang macam tu. Ingat Allah bila berhadapan dengan situasi yang pentingkan diri sendiri je.
Jika anda study kerana, exam kerana Allah, anda tidak akan bersifat pentingkan diri sendiri. Hanya perlukan Allah di saat kita terdesak.
Istiqamahlah, dari awal sem sampai akhir sem, study awal-awal. Ingat Allah dari awal. Doa pun dari awal. Itulah yang terbaik. Tapi orang selalu kata, sekurang-kurangnya ingat juga kat Allah walaupun di akhir waktu. Raih simpati Dia di akhir waktu? Wallahua'alam, tapi bagi saya tidak berapa menepati kata-kata Allah dalam Surah al-Zumar ayat 10 yang mana Allah menyatakan tanda kemenangan orang yang berjaya dalam ujian,
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Orang yang dari awal bergantung harap, sabar belajar dari awal, sabar buat assignments, sabar walaupun ada banyak ruang dan masa untuk dia enjoy dalam satu sem tu tapi dia tak buat macam tu, sabar sampai akhir sem. Dia sabar kerana Allah sebab dia study kerana Allah, exam kerana Allah. Dia datang untuk belajar ilmu, belajar tentang kebenaran dan keadilan, tentang keluasan ilmu Allah. Bukan datang untuk berfoya-foya habiskan duit PTPTN, outing sana-sini, lepak sana-sini, berpacaran sana-sini, enjoy sakan dengan duit hutang dan duit biasiswa.
Orang-orang yang belajar di akhir waktu, tapi dia sakit hati bila tak dapat result cemerlang, mana mungkin tergolong dalam orang yang sabar. Berbaloilah tu dengan apa yang dia dapat, terus jalankan amalan dan perancangan2 terdahulu yang masih belum selesai. Stop angan-angan.
No comments:
Post a Comment