Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam Kuliah Maghrib tadi, ustaz memperingatkan agar rajin2 kita membaca Surah al-Kahfi.
Kata ustaz..."Hafal lah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi..."
Jom kita teruskan usaha menghafal. Bagi yang sudah berjaya menghafalnya, alhamdulillah. Dengan membaca ayat-ayat, ini InsyaAllah seseorang itu boleh terselamat dari fitnah Dajjal sebagaimana disebut dalam beberapa hadis Nabi SAW:
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
Surah al-Kahfi disunnatkan untuk kita membacanya pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk sama-sama kita membacanya bermula malam ini.
Dan mari kita tekun menghafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah al-Kahfi. Moga kita semua terselamat dari tipudaya dan fitnah Dajjal... ameenn
10 ayat awal Surah al-Kahfi:
10 ayat akhir Surah al-Kahfi:
.................................................
**Terjemahan Bahasa Melayu Surah al-Kahfi ada di SINI
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran - yakni tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, maka ia adalah sebagai rumah yang musnah -sunyi dari perkakas."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Selamat Beramal.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment