Monday, March 24, 2014

MENGUTAMAKAN ORANG LAIN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Abu Hurairah RA berkata, "Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar.. orang yang melihat aku tergeletek di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan..

Sebenarnya aku rebah bukan kerana penyakit sawan tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.. 

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu aku bahawa Rasulullah SAW menyuruh aku ke rumahnya..

Mendengar jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah SAW menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami..

Benarlah seperti yang aku sangka.. sebaik sahaja aku sampai di rumah baginda, aku lihat semangkuk besar susu sedang terhidang.. anehnya baginda tidak mempelawa aku minum susu itu.. sebaliknya baginda memerintahkan aku menjemput para sahabat yang lain untuk minum.Apabila para sahabat sampai ke rumah Rasulullah SAW, baginda menyuruh aku mengangkat mangkuk susu itu supaya aku memberikan susu itu kepada mereka..

Para sahabat minum susu itu bergilir-gilir daripada mangkuk itu.. sedangkan aku yang sangat lapar ketika itu hanya dapat memerhatikan sahaja mangkuk itu bertukar dari satu tangan ke satu tangan sehingga aku merasa bimbang kalau-kalau aku tidak akan dapat menjamah susu itu..

Selepas semua sahabat minum.. baginda bertanya kepadaku: "Adakah kamu lapar?.. Jika lapar persilakan minum susu ini".. akupun minum sepuas-puasnya, sehingga aku pasti tidak ada ruang lagi dalam tubuhku yang tidak terisi dengan susu yang disajikan oleh Rasulullah SAW itu"

Kisah di atas memberi kita pengajaran bahawa Rasulullah SAW mendidik para sahabat supaya lebih mengutamakan orang lain.. walaupun baginda mengetahui bahawa Abu Hurairah RA terlalu lapar ketika itu sehingga dia jatuh pitam rebah ke tanah.. namun baginda tetap menyuruhnya mengangkat mangkuk susu tersebut dan menghidangkan kepada orang lain terlebih dahulu..

Abu Hurairah RA terpaksa menahan lapar dan terpaksa menunggu gilirannya sehingga sahabat yang lain selesai minum dengan kenyang.Sesungguhnya ajaran Rasulullah SAW lebih mengutamakan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyar (59:9)

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah (Muhajirin) ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu(Muhajirin) dan mereka (Ansar) juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya/beruntung". 


Begitulah Allah SWT mendidik Rasulullah SAW .. Rasulullah pula mendidik para sahabat dan setiap orang yang beragama Islam agar tidak mementingkan diri sendiri..orang2 yang beriman yang mengutamakan orang2 beriman yang lainnya dan tidak kikir atau bakhil walaupun mereka dalam keadaan kekurangan, Allah janjikan keuntungan..


Sama-samalah kita ambil iktibar daripada hadis dan ayat al-Quran di atas..


No comments:

Powered By Blogger | Template Created By Lord HTML